Nik Aziz ingin lihat Cina Muslim pimpin PAS

MENTAKAB, 11 Jun (Hrkh) – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ingin melihat suatu hari nanti PAS dipimpin oleh kaum Cina Muslim.

Berucap dalam majlis anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang di Kerau, dekat sini beliau berkata, semasa melawat negara China beliau berkesempatan menziarahi makam sahabat nabi di negara berkenaan.

Ini, katanya menandakan Islam lebih dahulu bertapak di negara itu berbanding Malaysia iaitu pada zaman para sahabat lagi.

Tambahnya,di Tanah Melayu yang dibawa pedagang India ke Melaka hanya zaman pemerintahan Parameswara pada tahun 1414 terkemudian ratusan tahun berbanding dengan Islam di China yang dibawa para sahabat.

Katanya, di China juga terdapat ratusan masjid dan umat Islam boleh beribadah di dalamnya sama seperti di negara ini walaupun negara itu Komunis dan negara ini diperintah parti Nasionalis Umno-BN.

Nik Aziz juga menaruh harapan suatu hari nanti Cina Muslim turut memimpin dan menganggotai Dewan Ulama PAS yang kini dikuasai kaum Melayu Islam.

Turut berucap pada majlis berkenaan iaitu Pengerusi KaAdilan Pahang, Dato’ Fauzi Abdul Rahman dan Teo Kok Siong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Negeri Sembilan.

Sementara itu pada majlis sama Nik Aziz turut diberi penghormatan menyampaikan sumbangan manfaat Takaful kepada lima waris peserta Dana Taqwa-iTQA, PAS Pahang yang meninggal dunia berjumlah lebih RM40,000, dua menerima RM19,000 manakala tiga lagi RM3,000. – mks. _

Basiron Abdul Wahab

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s