Ahli exco perlu ada dalam Lembaga Pengarah LPK

SHAH ALAM, 11 Jun (Hrkh) – Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri perlu dilantik dalam Lembaga Pengarah Pelabuhan Klang (LPK).

Katanya, ini dilakukan agar sebarang aktiviti dan selain itu, dapat mengadakan penambahbaikan dalam program yang bakal dilaksanakan seterusnya.

Demikian penegasan yang dibuat beliau dalam sidang media yang diadakan petang semalam.

Hadir sama Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Dr. Hasan Ali, Dr. Xavier Jayakumar dan Elizabeth Wong.

“Kita tidak terfikir bahawa Pihak Lembaga Pelabuhan Klang akan mendapat kerugian daripada kemasukan ahli exco kerajaan negeri,” katanya.

Jadi katanya, kita rasa Pelabuhan Klang akan diperbesarkan dan dengan cara itu Negeri Selangor akan juga mendapat manfaat dengan perkongsian usahasama dalam merancakkan lagi pembangunan negeri ini.

“Pengerusi LPK, Dato’ Lee Hwa Beng telah menolak hasrat kerajaan negeri untuk melantik ahli lembaga dari exco kerajaan negeri.

“Ahli exco berpendapat kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi LPK itu sebagai satu kenyataan yang dianggap sebagai tidak profesional.

“Ini adalah kerana tujuan kerajaan negeri untuk melantik exco ke dalam LPK adalah bertujuan supaya dapat menolong dan mempercepatkan proses perhubungan di antara kerajaan negeri dengan pihak Pelabuhan Klang,” ujar beliau.

Walaupun kata Khalid, Pelabuhan Klang berada di bawah kuasa Kementerian Pengangkutan, tetapi operasi pelabuhan klang adalah 100 peratus berada di negeri ini.

Dengan cara itu, tambah beliau lagi, hubungan yang erat akan dapat menolong antara satu sama lain dalam pembangunan pelabuhan ini.

“Kerana dengan cara itu, perbincangan akan lebih mantap dan lebih bermakna.

“Saya berharap, ini harus diperbaiki dari segi sikap untuk berkerjasama dalam satu usaha untuk membangunkan mana-mana institusi terutama Pelabuhan Klang merupakan pelabuhan yang terbesar di Negara ini.

“Kita juga berharap kemasukan ahli exco kerajaan negeri ke dalam ahli Pelabuhan Klang itu dapat menolong kita mempercepatkan proses memahami bagaimana perancangan, pembersihan pembangunan Sungai Klang dapat dilakukan,” katanya.

Sementara itu dalam sidang media yang sama, Menteri Besar juga mengumumkan bahawa kerajaan negeri sudah mewartakan kawasan Sungai Klang, sebagai satu usaha untuk pembersihannya.

“Sekarang pembangunan yang ingin dilakukan perlu mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan pada dasarnya, tidak lagi memberikan kelulusan sehingga program pembersihan Sungai Klang ini dapat dilaksanakan,” katanya. – mks. _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s