Mahfuz cadang Husam, Mohd Sabu dilantik jawatan utama PAS

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar mencadangkan agar Dato’ Husam Musa dan Mohamad Sabu diberikan jawatan yang penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.

Mahfuz menegaskan kedua-dua pemimpin tersebut merupakan aset penting dalam PAS dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan.

Jika keduanya tidak diberikan jawatan-jawatan penting ia pastinya akan merugikan parti, jelas beliau.

“Saya mencadangkan agar Dato’ Husam dan Mohamad Sabu diberikan jawatan penting dalam PAS.

“Mereka berdua merupakan aset penting kepada parti dan ia merugikan jika kita tidak melantik keduanya memegang apa-apa jawatan penting,” tegas Mahfuz.

Mahfuz juga menjelaskan, kedua tokoh tersebut merupakan public figure yang mampu menarik sokongan terhadap PAS.

Kedua-dua tokoh tersebut juga tegas beliau, mampu mengukuhkan kepimpinan PAS jika diberikan jawatan penting dalam PAS.

Mengulas perkara yang sama, seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub turut sependapat dengan Mahfuz yang mahukan kedua tokoh penting PAS itu diberikan jawatan penting dalam parti.

“Saya juga bersetuju dengan pandangan bahawa kedua-dua tokoh ini harus diberikan tempat yang sewajarnya bersesuaian dengan peranan dan khidmat mereka kepada parti sebelum ini.

“Andai kita membiarkan keduanya tanpa jawatan ibarat membiarkan kilauan permata malap kerana tidak tahu menjaganya,” tegas Salahuddin. Menurutnya, walau apa pun keputusan soal pelantikan ini diserahkan kepada kebijaksanaan Presiden PAS dalam mesyuarat yang akan diadakan pada 11 Jun ini.

Beliau juga menegaskan kedua tokoh penting itu mampu mengukuhkan kepimpinan PAS untuk menguatkan lagi Pakatan Rakyat dan memastikan kemenangan dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Dato’ Husam Musa dan Mohamad Sabu sebelum ini merupakan Naib Presiden PAS. – mr/mks._ Irwan Muhammad Zain

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s