Kerbau Perpaduan

Jam 19.69 am – Seekor kerbau sedang meragut rumput di tepi sebuah sungai. Tiba-tiba terdengar laungan meminta pertolongan. Sang Kerbau tercari-cari di mana suara itu datang. Lalu nampaklah ia seekor buaya sedang meraung meminta pertolongan.

Badannya dihempap sebatang pokok yang besar. Sang Kerbau mendekati buaya itu dan Sang buaya terus bersuara.

” Wahai Sang Kerbau, tolonglah aku. Sudah lama aku tidak dapat bergerak kerana dihempap pokok ini” rayu Sang Buaya.

” Bagaimana engkau boleh dihempap pokok ini” tanya Sang Kerbau.

Sang Buaya menjawab ” Sebelum pukul 19.69 tadi, aku mahu menunjukkan kehebatan aku dalam sungai ini. Aku ingin menunjukkan kekuatan ekorku. Lalu aku melibas pokok-pokok di tepi sungai ini. Namun, aku tidak bernasib baik. Salah satu pokok yang aku libas telah terbalik dan menghempap badanku” cerita Sang Buaya

” Bagaimana aku boleh menolong engkau, nanti engkau akan memakan aku” tanya Sang Kerbau.

” Kita kan sama-sama binatang jadi mestilah tolong-menolong bagi menghadapi musuh kita, manusia. Engkau pun tentu tak suka kepada manusia. Tak kan aku hendak memakan engkau sedang engkau juga binatang” kata Sang Buaya

” Betul juga, aku memang benci manusia. Manusia hari-hari kerah aku untuk tarik tenggala sawah. Hari ini pun aku lari dari manusia kerana tak tahan dengan kerahan manusia” kata Sang Kerbau

” Jadi apa tunggu lagi, marilah tolong aku. Engkau binatang, aku pun binatang. Kita bersama-sama dalam barisan binatang. Engkau ada tanduk yang kuat, tunjukkan kehebatan engkau. Kita lawan semua manusia” seru Sang Buaya

Sang Kerbau berasa megah dipuji Sang Buaya. Sang Kerbau pun menggunakan tanduknya mengangkat batang pokok yang menghempap Sang Buaya.

19.74 am – Tiba-tiba, Sang Buaya menangkap kaki Sang Kerbau dan cuba menarik Sang Kerbau ke dalam sungai untuk dibahamnya. Lagipun Sang Buaya dah beberapa hari tak makan.

” Bukankah kita dah berjanji, kita dalam barisan binatang. Aku telah menolong engkau sebab kau binatang. Mengapa engkau nak memakan aku pula. Tolonglah lepaskan aku” rayu Sang Kerbau

” ha.ha.ha, mengapalah engkau bodoh sangat, aku hanya memperdayakan engkau untuk melepaskan badan aku dari batang pokok itu. Sekarang, aku sudah dapat tenagaku semula, jadi aku tak kan melepaskan engkau sebagai makananku. Engkau adalah makanan aku” kata Sang Buaya dengan megah.

Sang Kerbau meraung meminta pertolongan. Kebetulan seekor Kancil lalu di situ dan mendengar laungan Sang Kerbau.

Sang Kancil bertanya, ” Apa yang berlaku wahai Sang Kerbau”

Sang Kerbau pun menceritakan peristiwa yang berlaku kepada Sang Kancil.

Apabila selesai mendengar cerita Sang Kerbau. Sang Kancil menyuruh pula Sang Buaya menceritakan peristiwa yang sama.

Kemudian, Sang Kancil pun berkata, ” aku tidak percaya kepada kedua-dua kamu, sekarang cuba kamu ulang semula kejadian ini dari mula sampai akhir.

Sang Kerbau dan Sang Buaya bersetuju dengan Sang Kancil. Sang Buaya melepaskan kaki Sang Kerbau dan Sang Kerbau mengangkat semula batang pokok, lalu dihempap semula di atas badan Sang Buaya.

20.09 am – Kemudian, Sang Kerbau cuba menghulurkan kakinya kepada Sang Buaya untuk mengulang kejadian yang berlaku.

Pada ketika itu, Sang Kancil melarang sambil berkata, ” Hoi! Sang Kerbau janganlah engkau terlalu bodoh menyerahkan dirimu kepada Sang Buaya. Tidak tahukah engkau, Sang Buaya telah menipumu”

Sang Kerbau menjawab, ” bukankah Sang Buaya itu binatang jadi salahkah aku menghulurkan bantuan sebagai tanda perpaduan sesama binatang”

” Perpaduan kepala otak engkau. Bukankah kamu tahu, Sang Buaya itu penipu dan akan memakan kamu. Kamu masih lagi, hendak bersatu dengan Sang Buaya jahat ini. Biarkan dia mampus” tegas Sang Kancil

Sang Buaya merayu lagi kepada Sang Kerbau, ” Tolonglah Sang Kerbau, bukankah kita sama-sama binatang. Marilah kita bentuk perpaduan sesama binatang.”

Sang Kerbau berbelah bagi sama menghulurkan bantuan kepada Sang Buaya atau membiarkan buaya mampus di situ.

Cerita belum berakhir. Tunggulah episod seterusnya.

Penulis kemukakan karya yang dihantar kepada penulis untuk tatapan bersama..

http://tulahan.blogspot.com/

Sumber Laman M@rhaen

Advertisements

One thought on “Kerbau Perpaduan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s