Perpecahan akibat Umno tidak terima politik Islam

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Taib Azamuddin Mohd Taib berpandangan perbezaan politik berlaku apabila terdapat sesetengah pihak yang tidak memahami politik Islam.

Jelasnya, pertelingkahan berlaku apabila terdapat kalangan pemimpin politik Islam yang menjadi ‘tunggangan’ politik sekular serta menjauhkan politik Islam.

“Saya berharap Muhyiddin akan melihat secara lebih adil bahawa pihak yang membawa perpecahan dalam perpaduan ummah kerana Umno atau Barisan Nasional yang tidak mahu menerima politik Islam yang dibawa oleh pimpinan PAS.

“PAS sudah lama menyeru ke arah politik Islam sehinggakan Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyatakan tidak perlu ada PAS pun tidak apa sekiranya BN itu mengikut politik Islam. Persoalan sekarang ialah BN tidak menyahut atas landasan tersebut,”katanya sewaktu dihubungi.

Sehubungan itu katanya, sejak ditubuhkan PAS menyeru bukan sahaja kepada pemimpin BN sebaliknya kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menerima wadah politik Islam sebagai tunjang politik negara.

Tambah Ahli Parlimen Baling ini lagi, pemimpin DAP kini tidak lagi kekok untuk bersama-sama dengan PAS terutama pendekatan yang dibawa oleh PAS daripada segi kemasyarakatan dan politik. – azm_ Nyza Ayob

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s