D’ Muktamar PAS 55 – Dr. Mujahid benam dakyah Umno, Konvensyen Berjaya !

Tiada siapa sangka PAS kini sangat diminati oleh kaum India dan Cina. Malah dengan keahlian seramai lebih 20 ribu orang berbangsa Cina, India, Siam dan Iban menyertai kelab penyokong PAS, ia boleh melebihi keahlian sesetengah parti politik di Malaysia.

Ini merupakan kejayaan yang dirintis oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjadikan PAS kearah parti multiracial sesuai dengan negara bermasyarakat majmuk tanpa hilang identiti asal Islam dan Melayu.

 

Sambutan orang bukan Islam terhadap PAS menunjukkan satu perubahan politik luar biasa kerana dalam masa Umno tetap meneruskan propaganda melalui media kononnya PAS anti Cina dan India sebaliknya makin ramai kaum tersebut mahu mengetahui perkara sebenar mengenai PAS.

Oleh kerana PAS parti Islam maka menjadi kerja mudah kepada Umno sebelum ini, dengan menggunakan isu syariah Islam bagi menakutkan orang bukan Islam kepada PAS. Sedangkan apa yang diburukkan Umno itu secara tidak langsung merosakkan akidah mereka sendiri.

Umat Islam masih tidak lupa bagaimana Umno menghasut bukan Islam supaya jangan rapat dengan PAS. Jangan bagi PAS memerintah jika tidak kemaluan kaum lelaki kena potong atau jawi (sunat).

`Isu potong’ adalah sebahagian isu kecil tetapi memberi kesan yang cukup besar kepada politik PAS. Banyak lagi isu syariah yang berkaitan hukum hakam dan peraturan hidup dijadikan mainan politik Umno bertujuan memburukkan PAS pada kacamata bukan Islam tetapi untuk dihuraikan di sini mungkin panjang.

Rupanya `isu potong’ bukan perkara kecil walaupun dianggap remeh bagi setengah pemikir lain. Perkara ini dibangkitkan oleh ahli kelab penyokong PAS dari Serdang. Katanya: Saya ditanya orang (India) apakah masuk kelab, nak kena potong??

Mungkin pada sesetengah orang ia hanya bahasa sindiran tetapi dari segi sejarah pertembungan PAS dengan Umno, ayat inilah yang menjadi kejayaan kepada Umno selama ini dalam usahanya memutuskan hubungan orang bukan Islam daripada berhubung rapat dengan PAS.

Kejayaan dakyah Umno itu cukup berkesan menakutkan orang bukan Islam kepada PAS sejak PAS keluar daripada perikatan kerana Umno menguasai media elektronik dan cetak, cukup pantas dan sukar ditangkis PAS yang hanya bergantung melalui ceramah.

Sebaliknya sejak maklumat banyak diperolehi melalui internet, orang bukan Islam mula membuka mata tentang PAS. Segala tuduhan serong terhadap PAS selama ini adalah kekeliruan hasil daripada perancangan rapi Umno.

Dr Mujahid dalam usaha menjawab perkara yang dibangkit oleh wakil dari Serdang itu, berkata: ‘orang Cina, India, Siam atau Iban, jangan takut menyertai kelab penyokong PAS kerana PAS tidak ada hak untuk mensunatkan orang bukan Islam ‘. Menurut beliau, PAS berpegang kepada prinsip al-Quran menyatakan kebebasan beragama dan ia merupakan hak masing-masing yang tidak boleh dipaksakan keatas mereka.

‘Jadi orang bukan Islam jangan bimbang mereka masuk kelab penyokong PAS bukan masuk Islam. Agama hak masing-masing di hati masing-masing,’ ujarnya ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh wakil kelab penyokong PAS di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah Klang.

Program sehari, Sabtu lalu itu dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Taun Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam ucapan menariknya, Abdul Aziz berkata: ‘Antara Melayu, Cina dan India serta kaum lain mereka mungkin 40,000 pupu ‘ Dan disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.

Hampir 1,000 orang hadir dalam program yang ramai didominasi kaum India. Ini kemungkinan berikutan program tersebut diadakan di Klang iaitu kawasan yang mempunyai keahlian kelab penyokong PAS yang ramai terdiri daripada kaum India.

Posted by ALBANJARI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s