Kenyataan Media : Wargakota tolak cadangan LPKP naikkan tambang 30%

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) menolak cadangan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk menaikkan kadar tambang pengangkutan awam sebanyak 30%. Pemudawilayah melihat cadangan ini sebagai sesuatu yang melampau dan tidak melihat kepada realiti kehidupan rakyat sebagai pengguna.


Caj tambang permulaan bagi perkhidmatan teksi yang ditambah daripada RM2 kepada RM3 terlalu mahal dan adakalanya tidak releven dengan jarak serta kualiti perkhidmatan yang diberikan. Naik sahaja, belum jalan lagi sudah kena bayar RM3. Ini sudah melampau. Sepatutnya bila naik sahaja, meter bermula dengan kosong hinggalah sampai ke destinasi baru tahu jumlah cajnya mengikut jarak dan masa.
 
Selain itu cadangan kenaikkan kadar bayaran bagi meter teksi daripada 10 sen untuk 45 saat kepada 13 sen untuk 27 saat dilihat sebagai satu idea yang gila. Nilai caj meningkat sebanyak 3 sen tetapi tempoh masa pengiraannya dikurangkan sebanyak 18 saat. Ini adalah satu perkara yang tidak boleh diterima, dan pastinya rakyat membantah cadangan ini kerana memberikan keuntungan yang melampau kepada pemandu teksi.

Pertimbangan menetapkan nilai tambang baru bagi perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur khususnya haruslah dibuat dengan mengambil kira soal jarak serta masa yang dipengaruhi oleh faktor kesesakkan jalan yang menjadi rutin hidup metropolitan. Jangan pula disebabkan kesesakkan lalulintas, caj perkhidmatan melambung naik hingga menyebabkan pengguna tak mampu bayar. Di pusat bandar Kuala Lumpur, kadangkala tempoh perjalanan dari Chow Kit nak ke Sogo naik teksi pada waktu puncak boleh mengambil masa lebih dari 10 minit. Bayangkanlah kosnya, naik sahaja sudah kena bayar RM 3, jalan selama 10 minit berapa pula kena bayar. Duit gaji rakyat akan habis atas jalan sahaja nanti. Bagaiman pula perbelanjaan lain.

Pemudawilayah tidak menolak tuntutan pengusaha pengangkutan awam jika ada keperluan yang mendesak bagi menaikkan harga tambang. Tapi biarlah logik dan sesuai dengan kemampuan rakyat. Pihak LPKP harus menilai semula cadangan mereka agar kedua-dua pihak mendapat manfaat.

Pemudawilayah menyokong usaha bagi menambahbaik sistem perkhidmatan pengangkutan awam. Kualitinya harus setanding dengan nilai yang dibayar oleh pengguna, bukannya memeras pengguna untuk mendapatkan untung yang optimum bagi kepentingan satu pihak sahaja.

Sebagai agensi Kerajaan LPKP berkerja bukan untuk pihak pengusaha sahaja tapi rakyat keseluruhannya. Pemudawilayah mewakili suara wargakota di Wilayah Persekutuan ini menegaskan sekali lagi agar cadangan itu ditarik balik dan dikaji semula sebelum dibawa ke kabinet.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan
(Email 3 Jun 2009)

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s