Saham KTM setiap Ahad ?

Beberapa kerat kawan2 aku yang masih setia menikam ekor mengajak aku menyertai mereka pergi jumpa seorang bomoh di Pahang Barat. Aku sebenarnya malas layan puak-puak yang ni. Masing2 dah ada anak dara tapi perangai tak berubah. “Alah! Kami bukannya nak merompak, ni ikhtiar jugak! Kan Tuhan kata kalau nak kaya kena ikhtiar asalkan tak khianat orang dah le..” kata si Zamri (bukan MB Perak).
“Palahotak hang! Judi bukankah haram di sisi agama?” kataku.
“Di sisi je..bukan di dalam!” loyar buruk jugak Mat Lias ni.

Perangai pedajal aku memang tak pernah berubah dan aku mengajak Mat Jipang, seorang lagi kawan baikku yang tak main nombor untuk mengikut geng2 penanam saham KTM ni (Kuda, Toto dan Magnum). Mat Jipang ni sekepala dengan aku sejak kecik lagi, memang kaki pedajal. Kali ni kami plan nak test power bomoh ni.

Dipendekkan cerita kami pun sampai kat rumah bomoh ni. Bomoh ni akan menurun dan bininya pula akan jadi orang tengah atau moderator dalam bual bicara puak2 ni dengan jin yang dah masuk dalam perut bomoh ni. Bini bomoh memberi amaran agar jangan sesiapa pun merokok apatah lagi rokok gudang garam. Semua pakat patuh menurut macam telur dicucuk kemuncup. Aku tak kisahlah sebab aku tak merokok. Bomoh ni pun mulalah menurun, tahapa benda kes tah sesekali dia bersin, sesekali dia mendepakan tangannya, sesekali menggelepar macam ayam kena sembelih kalaupun tak macam cipan kena liwat.

“Ops! berat jugak ni! Susah sikit nak nampak nombor! Kena lebihkan pengeras!” kata jin dalam perut bomoh (atau bomoh dalam perut jin?)tu. Suaranya memang garau sikit. Macam Hattan.

“Berapa nak lagi?” tanya Mat Lias penuh sopan santun dan berbudi bahasa. Jarang aku tengok Mat Lias lemah lembut dengan manusia, tapi dengan jin kemain lagi.

“emm..taklah banyak sangat..emm!” Bomoh berulang-ulang kali mengatakan “taklah banyak sangat” sampai Mat Jipang naik angin lalu menengking,”Yalah!! Kot ye pun cakaplah berapa???” Kawan2 yang lain menggelupur ketakutan dengan tindakan Mat seolah-olah menengking jin adalah satu kebiadaban. Bomoh dan jin yang menginap dalam tubuhnya tu pun nampaknya kelihatan terkejut. Aku tergelak perlahan tapi suaraku mengganggu bomoh tu barangkali sehingga dia menjeling ke arahku.

“er..tambahlah seratus lagi!” kata bomoh tergagap-gagap.

Mat Jipang mendengus lalu membakar rokok. Bini bomoh menegur,”jangan hisap rokok!”.
“Pasai apa tak boleh?” Mat Jipang membuntangkan mata dan tiba2 jin tok bomoh berkata,”takpa! Dia boleh hisap!”
Aku tergelak lagi, kali ni lebih kuat. Bini bomoh agak kurang senang dengan aku dan Mat Jipang. Kawan2 pun menjeling2 ke arah kami sambil mengerutkan dahi.

Lebih kurang 20 minit bomoh tu pun sedar semula apabila jinnya dah keluar dari tubuh (mungkin pergi cybercafe kot, type entry baru kat blog dia). Bomoh berkata,”biarlah aku terus terang Zamry! Lain kali kau janganlah bawak encik berdua ni! Susah aku!” Dia merujuk “encik berdua” tu kepada aku dan Mat Jipang. “Kau datang lain kali jelah!” kata bomoh yang kelihatan agak bengang.

Kami pun pulang. Zamry dan Mat Lias bersungut2 sebab kami gagalkan misi mereka. Aku bukan apa, masa mula2 dia nak menurun tu ada ke patut dia berserapah memuja jin sambil berkata “Marilah ke mari dampingi aku yang hina dan budak-budak yang penuh kesialan di tubuh mereka ini!” tu yang aku terbakar, aada ke patut dia kata aku sial. Apa lagi aku pun bantai berzikir “Lailaha Illallah!” dalam hati. (Perkataan Allah tu aku keraskan sikit). Yang Mat Jipang pulak bantai baca ayat Kursi dalam hati tah berapa ratus kali tah. Camnalah bomoh ni tak kantoi..kah kah kah! (source : kulupSakah)

 

Posted by ALBANJARI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s