Listen and be damned….

Mulanya teman dah malas nak tulis pasal pemilihan jawatan tertinggi PAS yang akan diadakan tidak lama lagi. Bukan apa…ia dah sampai kepada peringkat mengarut. Lagipun orang bawahan macam teman ni telah ditarbiahkan supaya jangan lawan pemimpin, jangan tunjuk pandai, wala’, pemimpin lebih tau, ulamak lebih pandai, hanya jauhari yang kenal manikam…dan bla bla bla…
Ustaz2 yang di peringkat pertengahan akan cepat2 cantas orang macam teman ni kalu mengutarakan pendapat yang sedikit berlainan dari apa yang peringkat atas cakap. Pendek kata..tulah…listen and be damned.
Sehinggalah semalam… teman ikuti sepintas lalu bagaimana Seminar Ulama selama sehari sempena meraikan 25 tahun kepimpinan ulama yang sepatutnya diadakan 2 tahun lalu diadakan di Taman Melewar dan Dato’ Harun Din mengutarakan ingatannya kepada para peserta seminar yang majoriti akan menjadi perwakilan dalam pemilihan akan datang.
Sekarang teman fahamlah kenapa Dato’ Harun Din tak pernah menang pilihanraya…walaupun Perlis tu lebih tiga suku penduduknye melayu dan Islam.
Sahlah juga telahan banyak pihak…seorang ulamak tak semestinya boleh jadi pemimpin…
Harap2 apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini ni tak betul…Waspada ‘musuh dalam selimut’ PAS
Apalah ke hei sampai macam ni kenyataan yang dibuat? Kalau ya pun nak berkempen memenangkan golongan ulamak..macam inikah caranya? majlis kempen untuk Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Dalam golongan professional turun berkempen di Penanti….golongan ulamakpun sibuk berkempen di Melewar…cantik..!!
Nak juga teman bertanya kepada Dato’ Harun Din, selama ni siapalah agaknya yang nak sangat bersama Umno ni? Yang sibuk nak bermuzakarah, bermukabalah, ber’unity government’ ni sapalah agaknya ye? Yang sibuk bercakap sembunyi2 dengan Umno sapa? Bila dah tersepit kenapa nak salahkan orang lain?
Baca pula tulisan Kickdefella pagi ni..PAS Bukan Untuk Semua, PAS Not For All?
What a shame? Bak kata Kickdefella lagi…
Bahkan ramai yang tinggalkan UMNO untuk mencari kebenaran, kini merasa kebingunggan. Merasa dituduh sebagai musuh dalam selimut dan diperlekehkan.

Maaf kalu tulisan teman agak tak sedap dibaca tapi nak buat apa pendam perasaan. Kalu PAS nak survive…pada teman PAS wajib dipimpin oleh pemimpin yang boleh buat kerja..bukan yang banyak sangat retoriknya.

Sumber Kopitiam Bang Nan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s