‘Merampas kuasa’ bukan budaya asing bagi Umno/BN

KUALA NERUS, 21 Mei (Hrkh) – Berdasarkan rekod masa lampau dan beberapa pilihan raya kecil yang berlaku sebelum ini, Barisan Nasional (BN) merasakan bahawa parti itu akan kalah dalam Pilihan raya Kecil DUN (PRK) Penanti.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata Pakatan Rakyat yang diwakili Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) telah pun mengesahkan calonnya akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

“InsyaAllah, Pakatan Rakyat (PR) masuk, Pakatan Rakyat yang diwakili KeADILan akan meletakkan calon, calon pun sudah tahu, Dr. Mansor.

“Saya rasa BN ini menjadi sejarah BN tak masuk (tanding), masalah kalah menang kita tak tahu melainkan bertanding baru tahu.

“Tapi berdasarkan ‘track-record’ beberapa pilihan raya (kecil) di Semananjung ini, BN merasakan dia tak boleh menang,” ujarnya yang ditemui media selepas merasmikan Pelancaran Gerak Kerja Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan Didik) disini, semalam.

Beliau berkata BN tidak menyertai pilihan raya kecil Penanti kerana tidak sanggup lagi menerima ‘pukulan kekalahan’ yang memalukan parti pemerintah itu.

Katanya, Perdana Menteri, Dato? Seri Najib Razak tidak mengikut arahan ‘mentor’nya (Tun Dr Mahathir) dengan membuat keputusan tidak menyertai pilihan raya tersebut.

“Walaupun ‘mentor’ Najib kata masuk (bertanding) iaitu Tun Mahathir. Najib dia cerdik juga, dia tak buat keputusan seorang dia (Najib) panggil semua majlis BN (parti-parti komponen) untuk membuat keputusan, dia kata ini keputusan BN (untuk tidak bertanding),” jelasnya yang turut menafikan tuduhan Umno/ BN, bahawa pilihan raya di Penanti adalah mainan pembangkang.

Katanya, yang terkenal dengan mainan politik adalah Umno dan kemelut politik yang berlaku di negeri Perak adalah disebabkan mainan politik Umno dan BN.

Menurutnya, tidak ada alasan lain BN tidak menyertai pilihan raya kecil hanyalah semata-mata kerana takut menerima kekalahan,

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS mendedahkan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib juga sudah tidak tahan mendengar isu Altantuya dimainkan pada setiap pilihan raya kecil.

“Dan satu lagi, saya juga dapat sumber yang mengatakan bila setiap kali pilihan raya kecil isu Altantuya timbul, katanya dia (PM) dah tak tahan mendengar isu Altantuya ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, ketika diminta mengulas kemelut politik negeri Perak, Dato’ Mustafa berkata pimpinan BN tidak bersedia untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya negeri yang baru.

Beliau berkata berdasarkan kajian yang dibuat oleh parti itu, BN tidak akan menang sekiranya pilihan raya baru negeri Perak diadakan.

Katanya, walaupun menguasai negeri Perak dengan satu rampasan kuasa, BN tidak sanggup kehilangan kuasa itu.

“Pimpinan BN khususnya Umno, kalau mengikut hati dia (pemimpin Umno-BN) melainkan terpaksa, tidak bersedia menghadapi pilihan raya (baru) di Perak.

“Sebab dia (Umno/BN) buat ukuran berdasarkan kajian dia pun, dia tak boleh menang, sebab itu tak ada pasal dia nak hilang kuasa, (walaupun) kuasa yang dia ambil secara rampas,” ujarnya.

Katanya, amalan Umno/BN merampas kuasa bukan hanya berlaku di negeri Perak, namun pernah berlaku di Terengganu dan Kelantan serta percubaan merampas kuasa yang pernah berlaku di Sabah dan Sarawak.

“Merampas kuasa bukan budaya yang asing bagi Umno/BN dan sudah menjadi amalan UMNO/BN sejak sekian lama,” ujarnya.

Sehubungan itu, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin yang mahu mengekalkan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said juga dianggap beliau sebagai satu sesuatu yang terpaksa.

Katanya, ia adalah untuk mengelakkan pembubaran Dun Terengganu kerana Ahmad Said pernah mengugut akan membubarkan Dun Terengganu sekiranya ada usaha menjatuhkan beliau.

“Kalau dia (Ahmad Said) jatuh, dia bubar Dewan, maknanya pilihan raya baru, belum tentu Idris naik ke, siapa naik ke,” tambahnya. – mns_ Sazali Mohd Nor

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s