‘Hati rosak’ punca politik gawat, organisasi lumpuh – Dr Azhar Yaakub

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) – Punca kerosakan di muka bumi, pergolakan politik dan sesebuah institusi serta organanisasi syarikat lumpuh adalah disebabkan oleh hati manusia yang telah rosak.

Pendakwah bebas Dr. Azhar Yaakub berkata baik buruk mana-mana sikap dan tindakan individu mahupun organisasi yang besar ditentukan oleh hati malah ianya diambil kira dan dinilai oleh Allah swt di akhirat kelak.

Beliau turut memberitahu bahawa dalam al-Quran dijelaskan bahawa tidak ada sesuatu yang bermanfaat pada akhirat kelak sama ada harta, kuasa, isteri dan anak-pinak melainkan hati yang baik semata-mata.

“Firaun telah ditulis dalam al-Quran sebagai pemimpin dan ahli politik paling jahat dalam sejarah. Dan kejahatannya berpunca daripada hati yang rosak.

“Oleh kerana hatinya rosak, dia telah memecah-belah masyarakatnya dengan mencipta puak-puak dan bangsa sekaligus menindas serta bertindak zalim. Dengan cara itu, dia fikir dapat memerintah lama dan tiada masyarakat yang bersatu -padu yang akan menentangnya di kemudian hari,” katanya memberikan contoh.

Azhar berkata demikian ketika sesi kuliah agama di pejabat Harakah tengah hari tadi yang turut dihadiri oleh sebilangan besar warga kerja Harakah dan Siasah.

Kuliah beliau yang bertajuk “Mengenali Potensi Diri Melalui Hati” berlangsung selama sejam turut diselitkan sesi soal jawab antara hadirin.

Kata Azhar menurut catatan Ibnu Khatir, Firaun telah membunuh sejumlah 40,000 kanak-kanak lelaki demi memastikan surivival politiknya kerana bimbang ada generasi muda iaitu bakal pemimpin yang akan datang akan memberontak dan menggulingkannya.

“Tsunami politik yang berlaku seperti era reformasi 1999, krisis Perak dan lain-lain disebabkan oleh hati yang rosak, yang gila dan tamakkan kuasa tanpa berfikir secara terbuka dan melanggar batas undang-undang.

“Jika, pemimpin punya hati yang elok, boleh terima kekalahan dengan hati yang terbuka sudah pastilah tidak berlakunya kemelut di Perak sehingga membelakangkan undang-undang demi kepentingan kelangsungan politik masing-masing,” katanya.

Sungguhpun begitu, beliau menyatakan perselisihan pendapat berbeza dengan perselisihan hati yang boleh membawa kerosakan yang parah.

“Hadis Nabi menyatakan bahawa perselisihan umat Muhammad membawa nikmat. Biar berselisih pendapat tetapi tidak ‘khilaf’ hati,” katanya.

Ditanya persoalan hati yang berkaitan irihati dan ‘Ghibtah’ (persaingan sihat, berlumba-lumba bersaing) dalam masyarakat, beliau secara berseloroh menjelas makna ‘SMOS’ iaitu “Susah Melihat Orang Senang” dan “Suka Melihat Orang Susah” untuk membezakan antara keduanya.

“SMOS adalah iri hati tetapi persaingan sihat dan mengambil iktibar atas kejayaan orang dan berubah itu adalah Ghibtah

“Oleh itu ‘check’ hati masing-masing, atau buat ‘team building motivation’ sama ada dalam terdapat hati-hati yang bersih atau sebaliknya kerana itulah punca kejayaan ataupun kerosakan sesebuah organisasi,” katanya. – azm _ Azamin Amin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s