Haron Din tarik diri tanding Timbalan Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) – Calon Timbalan Presiden PAS, Dato’ Dr Haron Din hari ini mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan tersebut pada pemilihan muktamar Jun ini.

Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS berkata, beliau telah pun membuat keputusan itu sejak sebelum pencalonan bermula lagi, namun beliau tetap dicalonkan.

“Sebenarnya, daripada sebelum penamaaan calon lagi, saya sudah menarik diri.

“Pada saya, tidak ada keperluan untuk saya bertanding,” katanya yang dipetik daripada laman akhbar online

Justeru katanya, beliau tidak akan menghantar borang jawapan pengesahan bertanding pada 25 Mei ini.

Katanya, kesemua calon jawatan itu telah pun mengetahui pendirian beliau itu sejak awal lagi.

Keputusan Dr Haron sekaligus mengikut jejak langkah seorang lagi calon jawatan itu iaitu Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Seri Azizan Abd Razak yang mengumumkan untuk menarik diri Selasa lalu kerana mahu menumpukan kepada kerja pembangunan negeri dan parti di peringkat negeri.

Selain Dr Haron dan Azizan, tiga lagi yang dicalonkan untuk jawatan nombor dua itu adalah penyandang jawatan, Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Sementara itu, menurut laman web Muktamar55.pas.org.my ketiga-tiga jawatan utama kepimpinan Dewan Ulama PAS bakal dimenangi tanpa bertanding bilamana penyandang jawatan Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin hari ini menarik diri daripada mempertahan jawatan tersebut.

Hashim yang juga pesuruhjaya PAS Perlis dan ADUN Sanglang mengesahkan perkara itu pagi ini sekaligus memberi laluan kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob memenangi jawatan itu tanpa bertanding.

Beliau yang menyatakan kesediannya memberi peluang kepada Ahmad, berharap tiada penarikan dari Ahmad pada hematnya memang layak memegang jawatan tersebut.

Hashim berkata, keputusannya mengundurkan diri itu telah lama dibuat sekiranya terhadap calon yang lebih layak menggantikannya dan beliau akan memaklumkan keputusannya itu kepada jawatankuasa pemilihan secara rasmi.

Isnin lalu, Pengerusi jawatankuasa pemilihan Dato’ Mustafa Ali mengumumkan jawatan Ketua Dewan Ulama’, Dato’ Harun Taib menang tanpa bertanding apabila penyandangnya, Dato’ Mohammad Daud Iraqi tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Manakala, tiada pencalonan lain bagi jawatan Naib Ketua Dewan itu memudahkan Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang juga Pesuruhjaya PAS Johor menduduki jawatan tersebut tanpa bertanding. – azm _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s