Kaunter klinik kerjaya disambung untuk rakyat Selangor

SHAH ALAM, 15 Mei (Hrkh) – Kerajaan Selangor melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah membuat keputusan menyambung program ‘Retrenchment Helpline’ hingga 30 Mei ini.

Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan program itu amat berguna kepada semua pihak terutama orang awam yang menghadapi masalah dalam pekerjaan mahupun yang sedang mencari kerja.

Kaunter klinik kerjaya dibuka setiap minggu pada hari Sabtu di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.

Manakala skuad bantuan Jobstreet.com pula akan turut sama turun ke kaunter tersebut di pejabat PBT tertentu setiap minggu.

Pada minggu ini, kaunter klinik kerjaya dan retrenchment helpline yang akan sertai oleh pihak JobStreet.com adalah seperti berikut:

Tarikh: 16 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi-12.30 tengah hari
Tempat :

1- Petaling Jaya – Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
2- Selayang – Pejabat Majlis Perbandaran Selayang.
3- Klang – Pejabat Majlis Perbandaran Klang.
4- Kajang – Pejabat Majlis Perbandaran Kajang.

Orang ramai yang menghadapi masalah dalam pekerjaan atau diberhentikan kerja, boleh membuat pendaftaran dikaunter tersebut sekitar kawasan masing-masing mengikut PBT yang berdekatan.

Kerajaan Selangor menyediakan perkhidmatan ini adalah sebagai usaha membantu dari sudut khidmat nasihat dan runding cara kepada pengadu untuk memulihkan keyakinan dalam mencari pekerjaan.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam di setiap pejabat Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing atau urus setia di talian 03-55447113/7114/7121 (urusan waktu pejabat). – mks._

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s