Nizar masuk pejabat MB pagi ini menuju Istana Iskandariah

IPOH, 12 Mei (Hrkh) – Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama lapan exconya memasuki bangunan SUK jam 7.31 pagi tadi selepas mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Turut bersama rombongan itu ialah V. Sivakumar yang Khamis lalu disingkirkan oleh Barisan Nasional (BN) daripada kedudukan Speaker DUN.

Difahamkan seorang pegawai pejabat SUK menghalang rombongan Nizar dengan meminta makluman pelaksanaan keputusan mahkamah semalam. Untuk itu hanya Nizar dan lapan Exconya dibenarkan masuk ke bangunan SUK.

Kira-kira jam 7.45 pagi, Nizar dilaporkan meninggalkan bangunan SUK menuju ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar dan mengemukakan surat minta perkenan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang dihantar oleh pembantu Nizar sendiri kepada pihak istana. – azm _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s