Aduan salahlaku SUK Perak kepada KSN

SURAT TERBUKA KEPADA TAN SRI KETUA SETIAUSAHA NEGARA MALAYSIA

Semoga Tan Sri dalam peliharaan Allah dan sihat walafiat bagi memimpin perkhidmatan awam Negara Malaysia.

Tan Sri rajin-rajinlah turun padang melawat Negeri Perak kerana Pegawai-Pegawai Kerajaan Perak sekarang berada dalam keadaan serba salah dan menghadapi tekanan kerja yang sengaja diada-adakan.

Professionalisme meraka tercabar, kesetiaan mereka dipersoal dan semangat kerja mereka rendah. Puncanya hanya kerana mereka berketuakan seorang Pegawai Kerajaan yang bernama Abdul Rahman bin Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri.

Tan Sri timbang-timbangkan aduan-aduan berikut demi memulihkan kembali semangat kerja berpasukan anaknanak buah Tan Sri di Perak. Semua aduan-aduan ini adalah dari sumber-sumber Pegawai Kerajaan sendiri.

i) Di awal-awal pemerintahan Pakatan Rakyat beliau dilaporkan memberitahu secara tertutup kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan Kanan supaya hanya memberikan kerjasama yang minima kepada Kerajaan Negeri Perak ketika itu.

ii) Dato� Seri Nizar, MB Perak di bawah Pakatan Rakyat sering mengeluh tentang agenda licik Abdul Rahman Hashim yang enggan memberikan kerjasama yang baik kepada Menteri Besar.

iii) Pernah dikesan Abdul Rahman Hashim menghadiri program bersama pimpinan Umno di bangunan Umno Perak walaupun pada masa yang sama Menteri Besar berada bersama DYTM Raja Muda dalam acara rasmi Kerajaan Negeri. Hebatkan anak buah Tan Sri ini.

iv) Tindakan biadap beliau kepada Y.A.B Dato� Seri Nizar, Exco-Exco Kerajaan dan wartawan pada pagi 6 Februari 2009 walaupun secara sah mereka masih lagi memegang jawatan kerana MB baru masih belum mengangkat sumpah jawatan. Peristiwa ini dirakam oleh media-media tempatan dan antarabangsa.

v) Tindakan beliau yang menganaktirikan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri (PTN) dan memberikan layanan emas kepada Pegawai-Pegawai tadbir diplomatik (PTD). PTN khususnya di majlis-majlis Kerajaan tempatan dan Jabatan Agama Islam sangat sukar untuk naik pangkat walaupun mereka sangat layak. Jika ada jawatan-jawatan baru yang diwujudkan cepat-cepat di isi dengan PTD dengan cara-cara teknikal memanipulasi gred dan klasifikasikan jawatan. Kumpulan PTN di Negeri Perak mempunyai moral kerja yang sangat rendah tetapi gigih membangunkan Negeri Perak.

vi) Dalam menangani kemelut politik Perak Abdul Rahman Hashim adalah perancang politik yang mengenepikan professionalisme beliau. Benar Pegawai Kerajaan mesti patuh kepada ‘government of the day’ tetapi yang beliau lakukan adalah melampau :

a) Merelakan Setiausaha Dewan DUN Perak hadir dibangunan Umno Perak dalam mesyuarat konspirasi menjatuhkan Speaker DUN Perak. Mesyuarat tersebut adalah dihadiri oleh ahli-ahli politik BN dan bukan mesyuarat berkaitan pentadbiran.

b) Merancang supaya semasa sidang DUN 7 Mei 2009 dimasukkan ramai Pegawai-Pegawai Polis Cawangan Khas sebagai tetamu yang menyamar. Dapat dikesan Pegawai-Pegawai Khas tersebut membawa senjata api ke dalam bilik persidangan. Siapa yang nak ditembak?

c) Mengarahkan kerja-kerja jahat supaya sistem pembesar suara dalam DUN dimanipulasikan. Pembesar suara Speaker tidak berfungsi. Satu penghinaan kepada Dewan yang Mulia.

d) Sangat cuai tentang keselamatan Dewan persidangan sehinggakan dapat diceroboh masuk oleh bomoh kurafat pada 30 April 2009. Dewan tersebut adalah dibawah tanggungjawab beliau sepenuhnya.

vii) Abdul Rahman Hashim juga pernah terlibat dalam pembaziran melampau kerana memberi cenderamata yang sangat mahal (RM8,000-10,000) kepada beberapa individu tertentu. Bertentangan dengan dasar jimat cermat Kerajaan.

Banyak lagi sikap dan tindakan beliau yang hanya dapat dibongkar jika Tan Sri berusaha turun padang dan minta Pegawai-Pegawai di Perak beri maklumat secara telus. Cuma pastikan mereka tidak dianiaya akibat keberanian mereka memberi maklumat – demi keadilan dan kebaikan bersama.

Yang penting bukan individu tapi perkhidmatan awam. Ahli perkhidmatan awam mesti bebas daripada politik parti kerana gaji mereka rakyat yang membayar. Semoga Perak akan maju dengan professionalisma Pegawai-Pegawai yang bertugas kerana Allah. Manusia adalah hamba Allah semata-mata dan bukan hamba manusia yang lain.

Semoga Allah memberkati hidup kita bersama.

Daripada,

Dr Khairuddin Bin Dato’ Abd Malik Hasibuan
Pengerusi JAMAIY (Jaringan Muafakat NGO Islam Perak). – mr_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s