BIADAP: ungkapan terbaik untuk UMNO!

Biadap adalah lanjutan daripada KURANG AJAR. Namun jika anda dikatakan KURANG AJAR, maka ia lebih menyakitkan hati. BIADAP hakikatnya lebih teruk daripada KURANG AJAR. Ini kerana, adakalanya orang yang SUDAH CUKUP AJAR pun boleh jadi BIADAP. BIADAP kerana KURANG ADAP!

Inilah yang berlaku di Perak negeriku saat ini. Gerombolan manusia BIADAP, KURANG ADAP dan KURANG AJAR sedang mempertahankan KEBIADAPAN mereka. Inilah dia, manusia yang berdiri di atas nama Umno dan BN. Inilah manusia yang hilang maruah, hilang malu dan hilang harga diri. Hanya kerana kuasa, ya kerana KUASA…maka mereka sanggup menelan segala kahak dan lendir dan yang diludah oleh rakyat terbanyak di Perak ke atas muka mereka.

Apa lagi yang lebih ‘awla’ untuk mereka ini, satu lagi perkataan iaitu CELAKA. Ya, CELAKA kerana mereka mempersetankan segala peraturan dan undang-undang. CELAKA kerana mereka mempersetankan segala teguran dan kritikan. CELAKA kerana mereka berusaha menegakkan ’benang basah’ yang selama-lamanya tidak akan mampu bertahan. CELAKA kerana mereka adalah punca segala kekecohan di Perak. CELAKA kerana mereka sanggup diperalatkan oleh ’orang luar’ yang bukannya ’anak Perak’ sehingga mencemarkan imej Perak. CELAKA kerana merekalah manusia yang bertanggungjawab menghancurkan keutuhan sistem demokrasi dan raja berperlembagaan di Perak. CELAKA kerana merekalah yang menjadi perosak kepada kemuliaan DUN Perak. CELAKA kerana mereka sanggup memperkudakan segala jentera kerajaan hanya kerana memenuhi hawa nafsu durjana mereka!

Aku tidak tahu, sampai bila mereka ini akan bertahan? Ini kerana, doa majoriti rakyat di Perak sentiasa bertali arus memohon keadilan dari Tuhan. Bahkan makian dan cacian serta sumpah seranah dari rakyat Perak juga sentiasa bertali arus. Jika cacian dan makian serta sumpah-seranah itu disebut setiap hari, maka ia menjadi doa. Maka memang CELAKA-lah kesudahan buat mereka. Memang CELAKA-lah nasib mereka. Memang CELAKA-lah akhirnya kehidupan mereka!

Soalannya…mereka tidak takutkah? Jawapannya…tidak, kerana hati mereka sudah mati. Ya…kerana hati mereka sudah mati. Hanya MALAIKATUL MAUT sahajalah yang akan menyedarkan mereka nanti!

Layari: Huzaifah’s view

Sumber PerakExpress

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s