peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita – Prof Dr Aziz Bari

Riot police stand outside Perak state parliament on May 7, 2009. Dozens of protesters including several legislators were arrested outside the assembly where the government and opposition are tussling for control. Perak has been in political limbo since February 2009, when the Barisan Nasional coalition which rules nationally tried to oust the Pakatan Rakyat opposition alliance which won the state in general elections in 2008.

Jenice Lee, a Malaysian opposition state assemblywoman from the state of Selangor, is handcuffed as she is arrested during a protest outside the Perak state legislature in the northwestern city of Ipoh, 200 km (120 miles) north of Kuala Lumpur, in central state of Perak May 7, 2009. Malaysian police cordoned off the state legislature in Ipoh on Thursday and made at least 12 arrests ahead of a meeting of the Perak state assembly, according to eyewitnesses.Pakar Undang-undang bidas polis diguna untuk lengkapkan rampasan kuasa BN

Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita – Prof Dr Aziz Bari

 

Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.

“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.

Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.

Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.

“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya. tvantara

Gambar di atas dari wartawan Reuters Dan AP

Sumber Pinkturtle blogspot

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s