Ipoh suram, jalan masuk Dun Perak ‘dikepung’ Polis!

Sekatan berpagar putih dengan menempatkan sekurang-kurangnya 10 anggota di setiap sekatan membuatkan bandaraya ipoh kaku, tidak bergerak.

Tinjauan yang dibuat Harakahdaily mendapati kenderaan yang mahu menelusuri jalan ke arah bangunan persekutuan tidak boleh masuk walau darei mana sudut sekalipun.

Dari Jalan Bukit Gantang sekalipun krew Harakah gagal memasuki jalan ke pejabat Badan Perhubungan PAS Perak dan Pejabat DAP yang mana dua pejabat ini berada kira-kira setengah kilometer daripada bangunan Perak DarulRidzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Beberapa kenderaan diperiksa teliti oleh polis yang membujat sekatan, yang menyebabkan beberapa buah kenderaan tersadai di tepi jalan.

Sekatan juga diadakan di Taman Tasek Seenivasagam dan berhampiran Pejabat Mufti Perak.Kawalan keselamatan dilihat lebih hebat berbanding kawalan dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.

Orang ramai yang mahu masuk ke Ipoh akan mendapati bukan sahaja bangunan yang menempatkan Dun Perak tidak kelihatan,malah bumbungnya juga tidak akan dapat dilihat akibat sekatan yang mengepung setiap penjuru jalan masuk ke Dun Perak. _ WAN NORDIN dan AZAMIN AMIN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s