Adun Teja kesal, sekatan polis ‘melampau’

IPOH, 7 Mei (Hrkh) – Ahli Dewan Undangan Negerik (Adun) Teja, Chang Lih Kang melahirkan kekesalan berikutan sekatan polis yang ‘melampau’ menyebabkan landskap Bandaraya Ipoh ‘cacat’.

Lih Kang yang dihubungi Harakahdaily sebelum masuk ke Dewan Undangan Negeri (Dun) pagi ini membantah sekatan yang dibuat polis sejak jam 9.00 malam tadi.

“Sekatan polis yang melampau menunjukkan polis diperkudakan untuk menjaga kepentingan BN, walhal kadar jenayah meningkat, rumah OCPD pun dirompak,

‘Polis patutnya menjaga keselamatan bukan menjaga hal politik yang menyebelahi satu pihak,” ujar Lih Kang.

Selain itu,kekesesakan lalu lintas di sekitar Ipoh semakin teruk akibat sekatan di pelbagai jalan masuk menuju ke Jalan Bukit Gantang menyebabkan kenderaan-kenderaan berasak-asak cuba untuk masuk ke kawasan berkenaan.

Ini memandangkan terdapat ramai wagra Ipoh yang bertugas juga di pejabat-pejabat swasta,kedai,bank yang berhampiran jalan tersebut iaitu berdekatan dengan Bangaunan Perak Darul Ridzuan.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan bagaimana warga Ipoh dapat memasuki kawasan pejabat mereka yang berdekatan bangunan tersebut memandangkan setengah kilometer, jalan telah pun ditutup.

Kesesakan semakin teruk di bulatan berhampiran Taman Tasik Senivasagammemandangkan orang ramai khusunya warga kerjaipoh kelihatan terpinga-pinga, tidakmengetahuio hala tuju untukkekawasan tempat kerjamereka.

Menurut satusumber yang bertugas di pejabat guaman berhampiran banungan perakitu, bahawa semenjaksemalamlagipihakpolis telah menutuipjalan.

Selain,itu beeliaujuga turut diiringi dan diekori polis untuk ke pejabatbeliau malam semalam. Keadaan katanya telah menimbuklan resah wargaipoh, yang menjalanikehiudpa seperti biasa dikejutkan dengan suasana yng kelihatan umpama ‘zon perang’./wann _ Wan Nordin dan Azamin Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s