Mahfuz kutuk tindakan polis tangkap Mohd Sabu

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) – Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar mengutuk keras tindakan pihak polis yang menahan Naib Presiden PAS, Mohamad sabu tanpa sebarang waran dikemukakan sebentar tadi sekitar pejabat Harakah.

Sambil menganggap ianya suatu kesalahan, Ahli Parlimen Pokok sena itu tidak menafikan bahawa ianya mempunyai kaitan dengan persidangan Dun Perak yang akan diadakan esok.

“Jika ianya disebabkan oleh kebimbangan terhadap perhimpunan yang dijangka diadakan pada esok hari sempena persidangan Dewan undangan Negeri, ianya sememangnya suatu kesalahan,” ujarnya ketika menghubungi Harakahdaily.

Jelasnya, hal tersebut adalah kerana Mohamed Sabu masih belum melakukan kesalahan tersebut kerana perhimpunan tersebut masih belum diadakan.

“Pihak polis dengan ini telah bertindak sebagai komponen BN apabila menahan Mohamed Sabu tanpa sebarang sebab yang dikemukakan.

“Saya berpendapat kemungkinan sebab persidangan Dun Perak yang mungkin dibimbangi oleh Kerajaan Umno-BN atau polis tentang ura-ura perhimpunan rakyat akan diadakan di hadapan Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Mahfuz menambah, berdasarkan undang-undang seseorang tidak boleh ditahan tanpa melakukan sebarang kesalahan.

Tindakan tersebut ujarnya merupakan perbuatan yang tidak demokratik serta melanggar hak asasi manusia.

Beliau tidak menafikan bahawa kesemua yang berlaku ini adalah berpunca daripada kerakusan Umno-BN merampas kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat.

“Semua ini berlaku akibat tindakan BN merampas kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat sehingga mengheret istana dan polis terlibat dalam percaturan politik ini.

“Sepatutnya mereka bekerjasama untuk mengembalikan hak rakyat bukan menafikannya,” ujarnya.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini.

Sekumpulan anggota polis dipercayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan. – mns _Intan Abdullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s