PAS Ditubuhkan Sebab UMNO Nak Anjurkan Judi Sebagai AKtiviti

Saya tujukan tulisan ini kepada puak2 Fraksi UMNO yang terlampau galak sangat nak bawak PAS masuk BN. Ingatkan lah sejarah PAS dan mengapa PAS ditubuhkan dahulu oleh Fraksi Ulama/Islam dalam UMNO pada tahun 1951.

Suka saya ingatkan bahawa UMNO ini adalah parti judi, parti arak dan parti kabaret/night club sejak penubuhan mereka lagi. Jadi, tidak mungkin UMNO ini boleh diubah lagi.

Malahan (diambil dari sini):

Kalau mereka ini baik sangat nescaya Ustaz Ahmad Fuad tidak akan keluar untuk menubuhkan Persatuan Ulama Setanah Melayu bagi memberi tekanan kepada UMNO.Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Jelas bahawa UMNO adalah satu parti yang lumat dengan maksiat dan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT. UMNO bukan satu parti yang ditubuhkan untuk mengawasi batas-batas haram dan halal yang ditentukan oleh Allah SWT.

Malahan UMNO ditubuhkan untuk memastikan batas2 halal dan haram bebas dilanggar dan ditewaskan di kalangan orang Melayu Islam di Malaya.

Pendek kata, UMNO dengan Judi, UMNO dengan Arak, UMNO dengan Kabaret/Kelab Malam, UMNO dengan Sihir, UMNO dgn Syirik adalah bagai aur dengan tebing. Memisahkan UMNO dengan perkara2 haram dan syirik ini adalah umpama memisahkan lagu dan irama. Hancur Lemah tiada berjiwa. Hampa.

Nak Dakwah Lagi Ke Dengan UMNO Ni?

Jadi, sesiapa yang kata mereka hendak berdakwah dengan UMNO, kononnya PAS ini bukan setakat parti politik tetapi PAS ini juga parti dakwah, bahawa UMNO diperlukan untuk menjamin Islam dimartabatkan dalam Malaysia, kononnya kesatuan PAS-UMNO akan menguntungkan Islam.

Mereka-mereka ini harus masukkan diri mereka dalam workshop dan mengetatkan skru-skru yang telah longgar dalam kepala mereka.

Kalau UMNO menghormati Islam, nescaya PAS tidak akan ditubuhkan.

Kita ahli-ahli PAS mestilah berpijak di bumi nyata. Jangan terpengaruh dengan puak-puak oportunis yang hanya mahu mendapat laba, kontrak, projek dan juga wang dari “deal” ini.

http://www.malaysiawaves.com/2009/05/pas-ditubuhkan-sebab-umno-nak-anjurkan.html
 

Tulang Besi

Sumber Laman M@rhaen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s