MB Selangor kenang jasa pekerja

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Hrkh) – Sempena hari Pekerja, kerajaan negeri Selangor mengucapkan syabas dan Selamat Hari Pekerja kepada semua golongan pekerja khususnya di negeri Selangor kerana sumbangan mereka dalam pembinaan negeri selama ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah memperkenalkan dasar baharu bagi menambah baik syarat dan faedah dalam perkhidmatan pekerja bagi memastikan kebajikan mereka tidak diabaikan.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah menaikkan garis kemiskinan daripada RM800 kepada RM1500 bagi setiap keluarga bagi tujuan memastikan golongan pekerja berpendapatan rendah dapat menikmati pelbagai program kebajikan dan bantuan.

Kerajaan negeri juga telah menambah kelayakan cuti bersalin daripada 60 hari pada 90 hari manakala suami yang isterinya bersalin dapat menikmati cuti sebanyak 14 hari.

“Bagi isteri yang kematian suami dapat menikmati cuti kecemasan sehingga 30 hari dan bergaji penuh berbanding kelayakan cuti tiga hari sebelum ini,” katanya.

Beliau berharap rakan-rakan majikan dalam sektor swasta bersedia memberi pertimbangan dalam hal mengubah dasar sebagaimana yang kerajaan amalkan dimana dasar kerajaan negeri sekarang selari dengan amalan di negara maju.

Menurut beliau ekoran negara dilanda kemelesetan ekonomi mungkin akan memberi kesan kepada pasaran pekerjaan.

Bagaimanapun, katanya, negeri Selangor mampu mengharungi keadaan ekonomi ini lantaran asas ekonomi negeri Selangor masih kuat dan pentadbiran Pakatan Rakyat cepat memberikan tindak balas terhadap pelbagai cabaran menerusi Jawatankuasa Menangani Masalah Pemberhentian Pekerja.

Menurut beliau, selagi dunia menghadapi kemelesetan ekonomi kerajaan perlu meneruskan usaha-usaha membina kumpulan tenaga pekerja yang berdaya saing.

“Kita mesti sama-sama bekerja untuk memperkukuhkan kekuatan ekonomi negeri kita, dalam masa yang sama meningkatkan kemahiran tenaga pekerja, daya pengeluaran dan menyeimbangi ketahanan dalaman,” tegasnya.

Beliau berkata, usaha seumpama itu penting dilakukan supaya negeri Selangor bukan sahaja dapat bertahan dalam keadaan kegawatan ekonomi tetapi terus kukuh semasa peningkatan ekonomi global kelak./SH _ Saidah Hairan

One thought on “MB Selangor kenang jasa pekerja

  1. Adalah di cadangkan supaya Kerajaan Negeri mengeluarkan perintah agar semua peniaga kecil berupa warong/kereta sorong/berpayung dikaki lima dalam apa jua bentuk di kecualikan cukai/lesen dan SSM terutamanya rakyat M’sia. Benarkan mereka mencari rezeki secara halal bagi menghadapi kesusahan hidup akibat hilang / ketiadaan pekerjaan.

    Selain itu ianya dapat mengelak daripada kekosongan stall yang di sediakan oleh pihak Majlis dan keadaan sewa atas sewa sehingga mengakibatkan harga makanan tinggi semata mata untuk menampung kos sewaan.

    Seterusnya adalah di syorkan Kerajaan Negeri mengadakan Syarikat Rakyat diman menjalankan perniagaan makanan, peternakan terutmanya ayam, lembu, kerbau dan kambing bagi menghadapi krisis terkini dan seumpanya akan datang untuk jangka masa berpanjangan bukan angan-angan. Dengan ini kerajaan dapat mengawal dan mengawasi harga supaya tidak di perkotak katikkan oleh pengeluar yang tidak bermaruah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s