Tok Mufti! Jom Heboh Dah Mula Hari Ini… Macam Mana Ni?

Apa Khabar Tok Mufti, Sakit Mulut Ke?

Selama 2 hari bermula hari ini(Sabtu) hingga esok (Ahad), Konsert Jom Heboh tajaan TV3 akan diadakan di Lumut, Perak.

 

Bila bercakap tentang Jom Heboh, sukar untuk kita mengelak dari mengingati Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang pada 30 Julai 2004 telah mengeluarkan kenyataan bahawa Konsert Sure Heboh adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda. Konsert Sure Heboh TV3 yang berkonsepkan ekspo dan hiburan mula dilancarkan pada Julai 2003 sebelum diubah namanya kepada Jom Heboh pada 2006.

Walaupun konsert itu mengikut Mufti haram, namun Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan BN sebelum PRU ke-12 tidak mengindahkannya. Karnival tersebut membuat penampilan buat julung kalinya di Perak pada 5 dan 6 Mei 2007 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia di Ipoh.

Beberapa hari sebelum Karnival Jom Heboh 2007 itu berlangsung Harussani menegaskan bahawa program konsert ‘Sure Heboh’ itu tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi ‘Jom Heboh’.

Ketika Kerajaan PR menguasai Perak, konsert Jom Heboh dihentikan selepas TV3 secara sukarela menarik diri. Mengikut Menteri Besar ketika itu, Muhammad Nizar Jamaludin, “Kita tidak ada beri arahan pun (untuk tarik diri dari mengadakan konsert) , dia (TV3) sendiri yang hendak tarik diri. Mereka menghormati prinsip-prinsip kita,” Yang sehingga kini belum bercakap mengenai konsert Jom Heboh di Lumut itu ialah Harussani. Dulu pada tahun 2004 dan 2007 beliau tegas dengan fatwa “Sure Heboh” dan ” Jom Heboh” haram, sekarang adakah fatwa itu masih terpakai? Atau Tok Mufti sakit mulut tak boleh bercakap ke?http://pendikargunung.blogspot.com

Dan esok – selepas BN memerintah semula Perak – konsert itu diadakan semula kerana mungkin TV3 tidak perlu lagi menghormati prinsip sebelumnya ketika PR berkuasa.

Janganlah pula kata kerana Zambery sudah menjadi rakan kamcengnya, yang dulu haram sudah menjadi halal pula, Tok Mufti?

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s