Selangor sumbang RM2 juta kepada SJKC

SHAH ALAM, 21 April (Hrkh) – Bagi mengukuhkan lagi pemerintahan Pakatan Rakyat, Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan sumbangan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) secara terus berjumlah RM2 juta.

Majlis Penyampaian Peruntukan Khas ini telah disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan menyerahkan sumbangan ini kepada 25 buah sekolah SJKC di seluruh negeri ini.

“Sumbangan ini dibuat setelah meneliti keperluan sekolah terbabit seperti memulihkan pembinaan bangunan, kelas dan infrastruktur lain,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dekat sini semalam yang turut dihadiri Exconya, Dr. Halimah Ali dan Adun-Adun Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Majlis ini katanya bertujuan mewujudkan suasana kondusif di semua sekolah yang dibiayai oleh rakyat sepenuhnya dan memberi pendidikan yang terbaik kepada rakyat.

Menurut beliau, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan juga Sekolah Tamil juga mendapat sumbangan yang sama malah sebanyak RM4 juta telah disumbangkan kepada SAR pada Mac lalu.

“Kerajaan Negeri dibawah Jawatankuasa Tetap pendidikan telah memperuntukkan sebanyak RM 10 juta untuk menyediakan suasana pembelajaran terbaik kepada sekolah-sekolah negeri ini.

“Sumbangan ini juga diberi keutamaan kepada sekolah-sekolah yang sangat memerlukan bantuan daripada Kerajaan Negeri,” katanya. -azm_ Muhammad Arif Ismail

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s