KRISIS POLITIK PERAK: Amat merbahaya terhadap kestabilan institusi kehakiman

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) melihat tindakan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN mewujudkan tauladan yang amat merbahaya terhahap keutuhan institusi kehakiman dan konsep pengasingan kuasa.

Menurut Saudari Bhavani Banu yang juga merupakan Timbalan Presiden 3 (BERSATU PERAK) berkata keputusan Mahkamah Persekutuan boleh ditafsirkan sebagai mencampuri badan eksekutif dan menjejaskan imej dan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman.

Menurut beliau lagi,,Keputusan itu juga secara lansung mendedahkan kemungkinan semua keputusan badan kehakiman berkaitan isu yang sama pada masa yang lepas dipertikaikan serta disemak semula.

Beliau juga mempersoalkan mengapa mahkamah tidak membuat apa-apa keputusan mengenai ‘Persidangan Bawah Pokok’ yang dibuat pada 3 Mac 2009 lalu. Dalam persidangan itu, keputusan Jawatankuasa Hak & Kebebasan untuk menggantung 7 orang ahli Dewan Negeri itu telah diterima dan diluluskan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan menimbulkan lebih banyak keraguan kerana ianya telah campurtangan dalam prosiding Dewan Negeri.

Rakyat kini telah digambarkan, apa sahaja keputusan yang dibuat pada hari ini boleh diabaikan oleh Dewan Negeri kerana ia hanya merupakan satu deklarasi dan bukannya mandamus atau certiorari. Beliau menegaskan bahawa deklarasi itu hanyalah pendapat yang tidak menguatkuasakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

Dewan Negeri mempunyai undang-undang tersendiri. Undang-undang itu hanya boleh ditafsirkan oleh Speaker. Samada Speaker bertindak secara betul ataupun tidak, hanya dewan sahaja yang boleh membincangkan hal ini melalui usul yang dibawa. Keputusan Speaker hanya boleh dicabar dalam Dewan itu sendiri.

Bhavani Bhanu juga mengatakan bahawa Mahkamah telah mentafsir kuasa -kuasa Speaker, adalah tidak baik jika Dewan Negeri juga memberi pendapatnya mengenai keputusan-keputusan Mahkamah. Beliau mengatakan bahawa deklarasi yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan adalah suatu sejarah baru yang menambahkan lagi krisis hitam badan kehakiman dan perundangan negara.

Mohd Hafez Sabri

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Sumber CINA ISLAM blogspot

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s