DOSA MENGUNDI BARISAN NASIONAL

jangan_undi_bn_kecil

Sebelum ini saya pernah menulis artikel yang bertajuk “Jauhi daripada menyokong kezaliman”, yang telah saya letakkan di ruang Tazkirah. Hari ini pula, ramai tertanya-tanya, “apakah hukum mengundi Barisan Nasional?” Persoalan ini sama sahaja dengan soalan-soalan fiqh yang lain, seperti “apakah hukum mengerjakan Solat Sunat Dhuha?” dan sebagainya. Ya, setiap perbuatan di dunia ini, tertakluk di bawah 5 hukum.

5 hukum tersebut ialah, wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Kelima-lima hukum ini sudah biasa didengari, namun, ramai yang tidak dapat mengukurkan berdasarkan kehidupan di dunia ini. Mengundi Barisan Nasional juga termasuk dalam 5 hukum ini. Jadi, apakah hukum mengundi Barisan Nasional? Adakah ia wajib, sunat, harus, makruh atau haram?

Dalil daripada al Quran

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, yang menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, sehingga kamu tidak diberi pertolongan (Surah Hud :113)

Di dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman itu adalah satu perbuatan yang HARAM. Perkara haram, apabila dilakukan, akan mengundang dosa. Contohnya seperti melakukan muqaddimah zina, seperti berdua-duaan dan sebagainya. Ia adalah haram, dan sesiapa yang melakukannya akan mendapat dosa yang akan dihitung oleh Allah di Hari Akhirat.

Selain itu, perkataan “jangan” telah digunakan di dalam ayat tersebut, yang jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu perkara yang haram. Manakala sekiranya ayat tersebut berbentuk suruhan, ia adalah wajib, contohnya seperti solat, puasa dan sebagainya. Inilah hakikat yang telah dijelaskan oleh ulama’ fiqh. Kalau masih tak percaya, bolehlah belajar fiqh sendiri.

Bagaimana pula dengan hukum mengundi BN? Adakah ia juga dikatakan haram? Jawapan yang mudah untuk dijawab ialah hukumnya haram. Apakah dalilnya? Dalil haram mengundi Barisan Nasional ialah ayat al Quran di atas tadi. Ini kerana Barisan Nasional sudah terkenal dengan zalim. Sekiranya Barisan Nasional tidak dikatakan sebagai zalim, maka tidak haram mengundinya.

Sekiranya PR yang melakukan kezaliman, maka hukumnya haram mengundi PR.. Sekiranya Barisan Nasional melakukan kezaliman, maka hukumnya juga haram! Hari ini bagaimana? Sekiranya anda melihat bahawa Barisan Nasional itu melakukan kekejaman, dan sekiranya mereka menguasai kerajaan, akan menyebabkan kerosakan yang banyak, maka hukumnya adalah haram.

Memang jelas di dalam al Quran bahawa menyokong kezaliman adalah satu perbuatan yang haram. Hari ini kita melihat bahawa Barisan Nasional telah melakukan kezaliman ini. Kita nampak di hadapan mata kita, bahawa mereka merampas hak rakyat bersuara dan berpandangan, mereka menyekat kuliah-kuliah agama dan sebagainya.

Timbul persoalan lagi. Apakah yang dimaksudkan dengan kezaliman? Zalim adalah lawan bagi adil. Mereka yang tidak adil dianggap sebagai seorang yang zalim. Maksud perkataan zalim ialah meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya. Contohnya melantik seorang yang penipu sebagai pemimpin, sedangkan dia tidak layak untuk memimpin.

Contoh yang lain ialah, merampas hak orang lain. Atau menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya, dan ia juga termasuk dalam kategori zalim. Hari ini, Akta Zalim yang paling jelas ialah ISA. ISA berfungsi menangkap sesiapa sahaja, tanpa dibicarakan, tanpa diberi peluang membela diri dan tanpa waran. Tangkap sesedap hati.

Kenapakah ISA dikatakan zalim? Ia dikatakan zalim kerana telah menangkap orang yang tidak bersalah, tanpa bukti dan sebagainya. Di dalam Islam, bukti memainkan peranan penting sebelum satu-satu hukuman dijatuhkan. Islam juga menggunakan saksi sebagai salah satu bukti tersebut. Tetapi, malangnya, apa yang terjadi di Malaysia hari ini, Barisan Nasional telah mengangkat akta yang zalim ini. Maka kerajaan yang mengangkat kezaliman sebagai satu akta, sudah pasti kerajaan itu adalah kerajaan yang zalim.

Maka, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang zalim, dan sesiapa yang menyokong Barisan Nasional (kerajaan) ini adalah berdosa, dan hukum mengundi parti ini adalah haram. Ia sama sahaja sekiranya Pakatan Rakyat yang melakukan kezaliman. Sekiranya terbukti bahawa Pakatan Rakyat juga melakukan kezaliman, maka hukum mengundinya juga haram. Tetapi, perkara ini tidak dapat dibuktikan.

Apabila Barisan Nasional menang di dalam pilihanraya, disebabkan pengundi-pengundi di Malaysia, lalu menyebabkan kezaliman berleluasa, maka pengundi-pengundi ini akan menanggung dosa tersebut! Tidak kira ustaz atau orang biasa, kaya atau miskin, tua atau muda, hukumnya sama sahaja. Tetapi, ia berbeza pula dengan mereka yang “tidak tahu” kezaliman Barisan Nasional.

Mereka yang tidak tahu tentang kezaliman Barisan Nasional, lalu mengundinya, maka dia dianggap salah tetapi tidak berdosa, kerana kejahilannya. Tetapi, sekiranya orang tersebut sengaja tidak mahu mengikuti perkembangan semasa, dan sengaja tidak mahu melihat situasi kezaliman ini, maka dia tetap menanggung dosa kerana “melakukan sesuatu tanpa ilmu”.

Oleh itu, jauhilah daripada melakukan perbuatan haram ini. Orang yang menanggung kezaliman Barisan Nasional bukannya anda seorang, bahkan semua rakyat yang berstatus Malaysia. Dan anda jangan lupa, doa orang yang dizalimi ini dimakbulkan. Anda juga jangan lupa bahawa orang yang menyokong kezaliman, juga dikatakan sebagai zalim. Maka orang yang mengundi Barisan Nasional juga dianggap zalim. Fikir sejenak.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s