Kerajaan P. Pinang bantu SAR RM1.5 juta

GEORGETOWN, 16 April (Hrkh) – Selain Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil seluruh Pulau Pinang mendapat bantuan RM1.5 juta semalam, Sekolah Agama Rakyat (SAR) juga mendapat durian runtuh yang sama nilainya sehari sebelum itu daripada Kerajaan Negeri.

Sebanyak 17 buah SAR disenaraikan peruntukan untuk pembangunan, pembaikan SAR, bayaran elaun pada guru dan kakitangan, buku teks, perpustakaan, makmal dan multimedia.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng menambah, daripada sejumlah itu RM300.000 diperuntukan kepada SAR Al-Aminiah, Permatang Pauh untuk pembinaan makmal sains.

“Kewujudan makmal sains itu nanti akan menyenangkan pembelajaran pelajar selain dapat membantu melahirkan anak yang cemerlang dan terbilang seperti kejayaan tokoh sains dan agama terkenal yang memperkenalkan ilmu hisab dan astronomi, Al-Khawarizmi,” ujarnya.

SAR boleh memperolehi peruntukan itu menerusi akaun sekolah berkenaan melalui ‘Electronic Tranfer Funds’ (EFT) yang diselia oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri.

Beliau berharap SAR dapat menggunakan peruntukan itu dengan sebaik mungkin untuk melahirkan insan yang berjaya suatu hari nanti selari dengan impian Kerajaan Negeri melahirkan cendiakiawan muda yang dapat mengharumkan nama negeri di persada dunia.

Antara SAR yang mendapat peruntukan itu ialah Madrasah Al- Irsyad Al Asyraf AlWataniah, Sekolah Tahfiz Al-Islah dan Madrasah Manabil Ulum. – mns_ Mohd Sabri Said

Advertisements

Sepatutnya bersyukur, bukan Islam ungkap ayat Quran – Dr Azhar Yaakob

KUALA LUMPUR, 16 April (Hrkh) – Bukan mencemuh apatah lagi menghina bukan Islam yang mengungkap ayat-ayat Quran malah wajarnya bersyukur dan memberi galakan untuk mereka mendekati dan memahami Islam.

Continue reading

Pilihan raya lagi. Mohd Fairus Khairuddin resigned.

PULAU PINANG, 16 April  — Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini bagi menumpukan lebih perhatian kepada usahanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah serta untuk memberinya lebih masa bersama keluarga.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang di e-mailkan kepada Bernama di sini hari ini.

Sumber Kerajaan Rakyat

Ekonomi M’sia Kuncup

KUALA LUMPUR: Sektor pembuatan Malaysia merundum 26.1% pada bulan Feb.

Jabatan statistik kerajaan menyatakan merosotnya prestasi disektor komputer, logam dan petrolium adalah kesan daripada krisis ekonomi dunia.

Peluang pekerjaan disektor pembuatan juga jatuh 6.5% dibandingkan masa yang sama tahun lalu. Manakala pengeluaran perindustrian merundum 20.2 peratus.

Kerajaan (UMNO) telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah US$16.2 billion pada Mac lalu, malangnya dengan peruntukkan yang begitu besar, export negara masih jatuh 1.0. Malahan export negara akan terus jatuh 2.2 peratus tahun ini.

– Yang tidak terjejas dengan krisis ekonomi dunia hanyalah pemimpin-pemimpin umno. Harta mereka belambak, dalam dan luar negara.

Sunber Kerajaan Rakyat