Suhaili dituduh buat perisytiharan palsu

Sehari selepas menghadapi tuduhan menipu seorang pengurus bank, bekas ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kota Kinabalu terhadap tuduhan memberi maklumat palsu dalam satu akuan bersumpah pada 1995.
    
suhaili abdul rahmanSuhaili, 48, yang juga ketua Umno bahagian Labuan, dituduh membuat kenyataan palsu itu kepada Mohd Naser Mohd Noor, seorang Jaksa Pendamai, berhubung pendaftaran Syarikat Saraequity Sdn Bhd pada 3 Ogos 1995.


    
Tuduhan adalah mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun serta rotan dan denda, lapor Bernama.
    
Majistret Noor Hafizah Mohd Salim membenarkan permohonan Timbalan Pendakwaraya Kevin Morais untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen yang akan mendengar kes penipuan terhadap Suhaili dari 8 Februari hingga 12 Februari tahun depan.

Semalam, dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu terhadap tuduhan menipu sebuah bank dengan menggunakan kad pengenalan orang lain untuk menjadi penjamin bagi satu pinjaman RM160,000.

Tahun lalu, isteri beliau meninggal dunia akibat komplikasi daripada satu
 pembedahan menyedut lemak.

Sumber Malaysia kini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s