Kemenangan di 2 bukit, isyarat ketuanan BN makin reput

KOTA BHARU, 8 April (Hrkh) – Kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil di Perak dan Kedah seakan-akan memberi isyarat jelas ketuanan Umno dan Barisan Nasional yang bertapak sejak merdeka kian reput.

Dan dalam masa yang sama Pakatan Rakyat semakin deras bergerak ke hadapan sebagai persiapan menerajui pentadbiran negara.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kemenangan itu juga membuktikan rakyat termasuk bukan Islam begitu mual dengan tindakan pemimpin Umno dan BN yang sarat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Saya begitu kagum melihat masyarakat non muslim khususnya masyarakat India dan Cina yang telah hilang rasa fobia terhadap PAS sehingga mereka memberi undi pada pilihan raya kecil tersebut,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Pada pilihan raya kecil Bukit Gantang semalam, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin berjaya melonjat jumlah majoriti sehingga hampir 100 peratus berbanding pada pilihan raya umum lalu.

Begitu juga dengan jumlah majoriti calon Keadilan di Bukit Selambau, S Manikumar meningkat berbanding pilihan raya umum tahun lepas.

Bagaimanapun keputusan pilihan raya kecil di Batang Air sudah dijangka berpihak kepada BN memandangkan kedudukan kawasan itu di pedalaman di mana rakyat sukar mendapat maklumat kedua.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebelum ini kerajaan BN sanggup menggunakan apa sahaja termasuk ISA bagi menyekat pihak lawan.

Menurutnya juga biar pun PAS dan Pakatan Rakyat tidak mencanangkan pembangunan dalam kempen, namun rakyat boleh menerima kehadirannya memandangkan mesej keamanan, kesejahteraan dan keadilan yang dibawa.

Beliau juga menyifatkan kemangan Pakatan Rakyat berjaya memulih semula maruah negara pada pandangan negara luar setelah demokrasi dikengkang hebat kerajaan BN. – mj _ Salmah Mat Husain

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s