Tipu Melayu…ugut Cina. Janji Umno menang.

Pilihanraya kecil Bukit Gantang merupakan benteng terakhir Najib untuk mempertahankan kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri yang boleh diterima rakyat. Sejak dilantik sebagai Piem,
reputasi Najib semakin hari semakin merudum. Bukan setakat didalam negeri..malah turut dikecam diseluruh dunia.

Dan bagi Najib, Bukit Gantang perlu dimenangi walau dengan apa cara sekali pun. By hook or by crook. Dan yang terbaru..laporan polis yang dibuat oleh Barisan Bertindak Melayu seperti yang dilaporkan oleh Anje-Online.

Kes ini sama macam kes yang berlaku terhadap Tengku Razaleigh dulu yang dikatakan menghina Islam dengan memakai tengkolok Kadazan yang bertanda salib. dan komen-komen mufti-mufti pun diperolehi untuk membantu mengukuhkan dakwaan mereka. Dan mufti-mufti yang tidak sedar mereka dipergunakan..hanya sedar apabila kenyataan mereka itu diputarbelitkan.

Laporan polis itu memang dirancang…petang buat laporan..malam siap dengan kenyataan Mufti. Tak kisah la apa orang lain cakap. Tak kisah la berapa ramai orang-orang bukan Islam yang hafal Quran. Tak mengapa kalau Ong Tee Kiat menyebut ayat-ayat Quran kerana dia memang lulus Pengajian Islam. Tak kisah kalau Yahudi pun boleh baca Quran. Tapi bila Nga Kor Ming membaca ayat Quran…itu sudah menjadi satu kesalahan besar.

Siapa yang berhak untuk memastikan seseorang itu Islam atau tidak?

Dan siapa yang berhak untuk memutuskan seseorang itu boleh membaca ayat Quran atau tidak? Mufti? Jakim? atau Najib?

Pedulikan lah apa orang kata…asalkan undi orang Melayu akan beralih kepada Umno. Itu prinsip Umno.

Petang tadi, aku diberitahu oleh rakan-rakan nelayan Cina di Kuala Sepetang. Setiap hari…ada saja bot polis marin menahan bot-bot nelayan Cina. Bukan nak check sama ada nelayan-nelayan ni ada lesen memukat atau tidak. Bukan nak check sama ada nelayan ini smuggle barang-barang atau tidak. Tapi untuk memberitahu nelayan-nelayan ini….sekiranya mereka menyokong Calon Pas dan Umno kalah…naya hangpa!

Bukan takat Mufti dipergunakan…polis marin juga dipergunakan. Itu belum lagi jentera kerajaan yang lain, hampir apa saja dipergunakan untuk memastikan kemenangan BN. Cuma satu saja lagi agensi kerajaan yang aku nampak masih belum dapat dipergunakan oleh BN….BOMBA.

MSK

Sumber Perak Express

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s