Pihak Polis Serbu Bilik Gerakan PKR Bukit Selambau

Bukit Selambau – Taman Ria Jaya,pihak polis sebentar tadi telah membuat satu serbuan di salah sebuah bilik gerakan utama Parti Keadilan Rakyat kira kira jam 10.oo sebentar tadi apabila pihak penganjur enggan menghentikan ceramah seperti mana yang di arahkan pihak polis.

Insiden kekecohan ini berlaku apabila bilik gerakan MIC yang berada berhampiran hanya selang 2 buah kedai menimbulkan provokasi dab perasaan tidak puas hati apabila melihat penyokong yang hampir 1 ribu orang menghadiri ceramah yang di hadiri oleh YB YB pakatan rakyat khususnya apabila penceramah mendedahkan konpirasidan bukti calon Barisan Nasional terliobat dengan beberapa kes rasuah.

Pada mulanya pihak MIC cuba membuat provokasi dengan menggangu ceramah yang di buat PKR dengan menimbulkan bunyi bunyi bising serta ejek mengejek sesama mereka, dan kemudiannya berlaku pertelingkahan seketika di antara PKRdan MIC.

sejurus selepas itu pihak MIC telah membuat laporan polis dengan medakwaan ceramah anjuran PKR tidak mempunyai permit maka pihak berkuasa menghentikan seketika ceramah anjuran PKR sementara memeriksa permit berkenaan.

Pihak PKR yang berjaya menunjukkan permit ceramah mereka kemudiannya meneruskan ceramah berkenaan namun pihak berkuasa hanya membenarkan ia di sambung selama 20 minit iaitu ianya harus tamat pada jam 11.15 minit malam dengan alasan keselamatan.

Akibat berdegil dan penyokong yang semakin tidak berpuas hati dengan tindakan biadap polis ” Laungan RTeformasi ” bergema dan pihak polis menyerbu masuk bilik gerakan untuk merampas mikerophone. dengan kehadiran unit simpanan FRU keadaan bertambah kecoh apabila rundingan antara YB dari pakatan rakyat dan melibatkan ketua polis berjalan maka keputusan di capai di mana ceramah berkenaan di hentikan serta merta dan semua perlu bersurai sebelum pihak polis membuat keputusan untuk menahan hadirin yang hadir.

Tengok video ini,barulah kita tahu sipakah sebenarnya yang mencetuskan huru hara di bukit selambau…. setakat kita nak ceramah, tak ada apa-apa yang mengancam ketenteraman awam pun… tapi kalau buat kerja gila ganggu orang nak berceramah,inilah punca segala kekacauan dan ketegangan yang berlaku….??? – Sumber PinkTurtle

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s