Cabaran Ustaz Anonymous, al-Banjari jawab (HOT)

Seperti yang dijanjikan, wak sediakan sarapan pada pagi ini dengan jawapan berkaitan posting wak berhubung tulisan wak malam tadi yang bertajuk ” Seruan al-Banjari kepada seluruh umat islam, (laksanakan mulai malam ini) demi untuk Islam !” Di sini wak kemukakan komen balas dari anonymous a.k.a UMNO/BN beserta respon wak terhadap komen yang diberikan. Alhamdulillah…nampaknya dipermudahkan untuk menjawabnya pagi ini !
UNDI PAS…Ingat Undi PAS..!
Mari kita raikan PERAYAAN DEMOKRASI di Bukit Gantang !
Anonymous kata;
Kenapa PAS tak terfikir bagaimana orang kafir laknat dibenarkan menyampaikan ayat-ayat Allah kemudian siap beri tafsir lagi..

Jawabnya;
Kenapa UMNO tak terfikir bagaimana manusia UMNO yang mengaku Islam tetapi menolak Al-Quran..???? Apakah manusia UMNO amat cemburu yang amat sangat apabila siapa sahaja yang berkawan dengan PAS akhirnya boleh faham al-Quran dan tidakkah UMNO terfikir betapa siapa sahaja yang berkawan dengan UMNO dia makin jauh dengan Al-Quran..??? Ketika non-muslim berkawan dengan UMNO, UMNO lah yang bertanggungjawab menjadikan mereka ‘kafir harbi” agar islam dilihat buruk dan seterusnya menjauhi sebuah parti yang dasar dan perjuangannya adalah islam dan menegakkannya…??

Bukankah manusia UMNO sebenarnya yang cemburu dengan PAS kerana oleh sebab non-muslim beralih sokongan kepada PAS maka mereka mula mengenali Islam yang sebenar setelah ditipu hidup-hidup oleh UMNO tentang kebenaran dan keindahan islam…??? Kamilah yang berusaha memberikan penerangan kepada mereka tentang keindahan dan jaminan sebenar islam kepada Kafir yang sebelum ini ‘harbi’ ketika berkawan dengan kamu dan menjadi ‘zimmi’ bila berkawan dengan kami.

Tiada siapa melarang mana-mana manusia untuk menyampaikan ayat-ayat Allah kerana memang menjadi tanggungjwab seluruh manusia untuk menyampaikan ayat-ayatnya sebgaimana mafhum sebuah hadith baginda rasul S.A.W yang bermaksud;

“sampaikanlah tentang aku ‘islam’ walaupun satu ayat”

Bukankah patutnya kamu wahai manusia UMNO patut malu apabila manusia yang kafir pun sudah mula menerima kebenaran al-Quran lalu menyampaikannya namun malang disebaliknya manusia UMNO yang mengaku Islam tidak mahupun menyampaikan ayat-ayat Allah hanya kerana dasar perjuangan UMNO termasuk undang-undang tubuhnya yang menolak Al-Qur’an…!!!

Umpama seorang muslim tidak menunaikan solat lalu ditegur oleh non-muslim agar si muslim itu bersolat lantas si non-muslim membaca ayat Allah berkaitan solat bahawa betapa solat itu mencegah dari melakukan mungkar, maka apakah si muslim itu tidak bersalah kerana tidak menunaikan solat dan apakah si non-muslim itu dikira bersalah kerana menyuruh si muslim itu bersolat..???

Anonymous menulis lagi;

Di ruangan komen, saudara minta orang PAS baca ayat Quran, saranan saudara yang diakhiri kata ‘ niat kepada golongan yang menentang Islam’. Siap ada ‘Takbir’ lagi. Ternyata kebodohan saudara terhadap Islam begitu tinggi.

Jawabnya;

Apakah kita dikira bodoh apabila kita memohon kepada Allah ketika islam ditentang dan apakah kita berani kata Rasulullah bodoh apabila berdoa kepada Allah agar Rom dapat menumbangkan tentera Parsi..??? Rom dan Parsi itu islamkah ketika itu…??? Beranikah kita katakan bahawa Rasulullah bodoh kerana berdoa kepada Allah Negara islam Madinah Al-Munawwarah diselamatkan dari musuh-musuh Islam sedangkan antara yang menjadi rakyat Madinah juga ramai di kalangan Yahudi dan Nasrani..???

Wahai manusia UMNO kenapakah kamu tidak terfikir betapa peliknya kamu, seolah-olah terasa fobia apabila kalimah “musuh islam” diutarakan atau apakah kamu sebenarnya terasa doa dan harapan kepada Allah itu dituju kepada kamu sedangkan di sana tidak menyebut pun ditujukan kepada UMNO, maka apa sebenarnya yang UMNO terasa..??? Maka apakah ‘bodoh’ yang kamu nyatakan itu benar pada tempatnya atau kamu mengeluarkan kenyataan bodoh tanpa kamu sedar bahawa kamu bodoh..???

Betapa hebatnya kamu dapat mengetahui tahap ketinggian bodoh seseorang itu tetapi dalam masa yang sama tidak tahu betapa menyeru manusia kepada membaca ayat Allah itu adalah tuntutan dan dalam masa yang sama berniat agar Allah melindungi kita dari musuh-musuh Islam bukankah itu dituntut atau kamu marah kerana kamu terasa bahawa kamu adalah yang dimaksudkan musuh islam itu..?? Maka siapakah yang bodoh apabila mendedahkan kebodohan sendiri tanpa menyedari diri sendiri mengeluarkan kenyataan bodoh…!!!

Anonymous menulis lagi;

Tunggulah saat sebagaimana kisah orang Yahudi berlakon alim dan tidak dapat kesan oleh sesiapa, tetapi berniat mahu mengeluarkan jasad Rasulullah melalui terowong yang digali. Saudara tak terjumpa ke kisah benar tersebut?

Jawabnya;

Tak perlu menunggu pun kisah seperti itu memang sedang berlaku, berapa banyak manusia yang mengaku Islam tapi hudud yang diwajibkan Allah dia tolak. Maka apa bezanya dengan yahudi berlakon alim tetapi dengan manusia sekular mengaku menegakkan islam dalam masa yang sama arahan Allah di tolak mentah-mentah, tidak dengarkah apa yang diucap oleh Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar apabila ditanya apakah dia nak laksanakan Hudud dan membawa usul ke dalam mesyuarat agung pemuda UMNO ? Malangnya dia menjawab, Berterusan untuk meneruskan undang-undang sekular seperti yang sedia ada..??? Tidakkah UMNO beriya-iya mengatakan hendak berjuang menegakkan agama bangsa dan negara tetapi pakaian sebahagian daripada Ketua2 Pimpinan saudara pun amat bercanggah dengan agama..??? Saudara tidak berjumpakah kisah benar tersebut..???

Anonymous menulis diakhir ayat:

Sayang saudara hanya jadi pengikut politik yang BODOH.Kalau ulasan ini tidak diterima, jelaslah KEBODOHAN SELURUH PENGIKUT PAS. TAKBIR!

Jawabnya;

Amat sayang sekali, seperti yang saya nyatakan seperti di atas, saudara hanya mengeluarkan kenyataan berdasarkan kejahilan saudara lalu mendedahkan kejahilan saudara kepada orang lain. Ulasan saudara boleh diterima untuk dimuatkan di dalam ruang komen namun amat tidak boleh diterima akal manusia yang waras, JELASLAH KEBODOHAN PENGIKUT UMNO SAMA SAHAJA DIMANA-MANA PUN..TAKBIRR..!!! ALLAHUAKBAR…!!!

*RUJUKAN : Artikel yang menjadi kemarahan Anonymous KLIK DI SINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s