Hapuskan ISA, beri permit harian!

KUALA LUMPUR, 4 April (Hrkh) – PAS berharap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak akan terus suburkan demokrasi dengan memberikan permit harian kepada akhbar PAS dan KeADILan serta mengkaji untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob berkata langkah menarik balik larangan terhadap Harakah dan Suara KeADILan dilihat mengembalikan kepada yang hak yang sememangnya diberikan sebelum ini serta ia sememangnya dilakukan oleh Najib yang baru memegang jawatan itu.

“Adalah diharapkan jika Perdana Menteri ingin menyuburkan lagi semangat demokrasi yang mungkin menjadi perkara yang dilakukan hari ini, kita berharap supaya akhbar rasmi PAS, Harakah dan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan diberikan permit harian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Walaupun Najib tidak menyebut secara khusus nama dua akhbar terbabit dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri malam tadi tetapi diketahui umum bahawa Harakah dan Suara Keadilan telah digantung sementara penerbitannya.

Harakah dan Suara Keadilan digantung serta-merta selama tiga bulan mulai 23 Mac lepas.

Salahuddin berkata tindakan Najib itu juga mampu menaikkan rating negara sebagai sebuah negara yang tinggi indeks demokrasi di dunia.

Mengenai tindakan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kajian semula akta itu, Salahuddin berkata sekiranya ruang yang terbentang sekarang ini digunakan sepenuhnya, ia merupakan satu harapan baru untuk mendapatkan impak yang lebih baik dalam menghapuskan ISA.

“Pembebasan 13 orang tahanan itu juga adalah satu permulaan ke tahap ISA dihapuskan. Akta yang sedia ada sudah cukup untuk menjaga keselamatan negara,” katanya. – mks. _ Mohd Khalil Abdullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s