Cabar pelantikan MB, Mahkamah Tinggi terima permohonan Nizar

BUKIT GANTANG, 4 April (Hrkh) – Calon PAS, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaludin melahirkan rasa syukur apabila permohonan beliau untuk mencabar proses pelantikan Menteri Besar baru iaitu Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir telah diluluskan oleh Mahkamah Tinggi.

“Kini tiada lagi istilah derhaka terhadap sultan kerana kita akan hanya membicarakan kes pelantikan Menteri Besar ini menurut prosedur perundangan,” ujarnya kepada Harakah di program Khidmat Kesihatan di Kampung Baru Jelutong, Changkat Ibol baru-baru ini.

Tegasnya, meskipun terdapat pelbagai halangan dan rintangan termasuklah tindakan Peguam Negara untuk memutarbelitkan isu dan fakta, namun ia sedikitpun menjejaskan kebenaran yang bakal terbukti.

“Walaupun pada peringkat awal terdapat pelbagai tuduhan dan fakta yang cuba diputar belit oleh peguam negara tetapi kita bersyukur selepas Hakim Abdul Rahim mengumumkan keputusan bahawa kes ini akan diteruskan,” tegasnya.

Beliau juga menegaskan bahawa keputusan tersebut telah melenyapkan isu derhaka yang dipalitkan terhadapnya oleh Umno-BN setelah berlakunya peristiwa pelantikan Zambry.

“Dengan keputusan ini juga menyebabkan tuduhan mengenai derhaka kepada Sultan hancur berkecai kerana isu tersebut tidak pernah timbul, tiada kena mengena dengan pihak istana.

“Kini apa yang ada hanyalah kes bagi membuktikan pelantikan Zambry sah ataupun tidak,” katanya lagi.

Pada majlis yang sama, beliau diperiksa tahap kesihatan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga bekas calon PAS parlimen Bukit Gantang pada pilihan Raya Umum ke-11 lalu, Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali.

Nizar tersenyum mendengar keputusan pemeriksaan tekanan darah beliau oleh Lo’Lo’ sebagai stabil dan baik.

Ia disertai tepukan gemuruh penyokong dan penduduk yang hadir meskipun hujan sedang turun dengan lebat. – mks._ Intan Abdullah | intan@harakah.net.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s