Abdullah akan dilihat sejarah seperti Gorbachev

KUALA LUMPUR, 4 April (Hrkh) – Akhbar Straits Times Singapura menyifatkan pemergian Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia meninggalkan jasa yang terlalu sedikit untuk dikenang.

Dari sudut ekonomi, kata akhbar itu, ikrar Abdullah untuk menjadikan kerajaan lebih telus, mengurangkan birokrasi dalam kerajaan dan membasmi rasuah tidak kesampaian dan ia menjadikan daya saing Malaysia sebagai pusat pelaburan rantau ini tidak tercapai.

Projek-projek mega yang dianjurkan Abdullah untuk mencipta pertumbuhan melalui apa yang dipanggil koridor – seperti projek Iskandar di Johor – masih di peringkat awal dan ia boleh terhenti bila-bila masa akibat krisis ekonomi global.

Abdullah telah “disumpah dan diseranah” oleh partinya sendiri yakni Umno atas dua sebab. Pertama kerana persembahan buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang lalu. Dan kedua, kerana membenarkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim aktif semula dalam politik.

Akan tetapi menurut akhbar itu, dalam beberapa tahun akan datang, pandangan terhadap pencapaian Abdullah mungkin berubah kerana mengikut penganalisis, sejarah akan membuatkan pandangan orang ramai menjadi lebih baik terhadapnya.

Sejarah akan membuatkan Abdullah lebih dilihat seperti Gorbachev, kata seorang diplomat kanan, petik akhbar itu, yang merujuk kepada pemimpin Russia, Mikhail Gorbachev yang melakukan banyak perubahan demokratik di negara itu._ Muhammad Nor Samad

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s