Menanti kenyataan rasmi Najib selepas menghadap YDP Agong

Ramai pemerhati politik negara masih menanti kenyataan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dilaporkan telah menghadap Yang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pagi tadi.

Beberapa akhbar internet melaporkan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda melantik Najib sebagai penggantinya.

Akhbar melaporkan Abdullah tiba pada pukul 10 pagi tadi dan meninggalkan perkarangan istana kira-kira sejam kemudian dengan menaiki kereta rasminya, Proton Perdana bernombor WCH 13.

Paling dramatik, menjawab soalan wartawan sama ada beliau telah menyerahkan surat peletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri kepada Agong, Abdullah hanya menjawab terpulang kepada Agong.

Najib pula dilaporkan tiba di istana pada pukul 11:25 untuk menghadap Tuanku Mizan untuk mendapat perkenan Baginda untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam esok.

Beliau dilihat memasuki perkarangan istana pada pukul 11:25 pagi dan beredar kira-kira 45 minit kemudian dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WRP 11.

Kenyataan rasmi mengenai perihal majlis pelantikan esok telah dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang mengumumkan Tuanku Mizan berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri keenam akan diadakan pada 10 pagi, esok di Istana Negara.

Namun, secara amnya ramai melihat dua tiga hari kebelakangan ini Abdullah seolah berdalih-dalih bila menyebut mengenai tarikh tepat peralihan kuasa.

Abdullah hanya menyatakan bahawa 2 April merupakan tarikh beliau akan mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk mempersembahkan surat perletakan jawatan (yang sehingga kini tidak disebut tarikhnya).

Sehingga kini juga Najib masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi selepas keluar dari Istana Negara pagi tadi._ Wan Nordin Wan Yaacob

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s