UNTUK PENGUNDI BUKIT GANTANG – MENGENALI YANG MALANG

Orang melayu yang malang ialah melayu yang mempunyai parti yang berasal dari perkataan bahasa orang putih iaitu United Malay National Organisation (UMNO).

Orang melayu ini menjadi lebih malang lagi apabila mereka sendiri tidak tahu apakah maksud perkataan UMNO itu sebenarnya. Malang ini menimpa ramai orang melayu terutama orang yang buta huruf. Melayu jenis ini hanya tahu sebut UMNO, padahal tak tahu pun apakah maksud perkataan yang disebutnya itu.

Selain dari orang buta huruf, orang buta hati juga tidak sanggup menerima kenyataan bahawa UMNO itu sendiri berdiri di atas bahasa penjajah. Orang yang buta hati yang tidak mahu menerima kenyataan inilah yang membodohkan orang yang buta huruf untuk terus menyokong UMNO.

Oleh kerana malang buta huruf dan malang buta hati, maka timbullah satu perangai iaitu suka mendokong dan pendokong kedurjanaan. Bukan benci kedurjanaan, tetapi mempertahankannya.

Kejayaan Khairy Jamaluddin sebagai ketua pemuda UMNO jelas menunjukkan memang golongan buta huruf dan buta hati inilah yang mendokong dan mempertahankan kedurjanaan demi atas nama UMNO.

Adakah kita buta huruf dan buta hati untuk memahami Khairy Jamaluddin melakukan politik wang (baca rasuah) sepertimana dilapor oleh Tengku Ahmed Rethauddin selaku pegerusi lembaga disiplin UMNO bahawa Khairy Jamaluddin melakukan rasuah?.

Laporan dibuat adalah terang, mudah difahami dan nyata bahawa Khairy Jamaluddin melakukan kesalahan rasuah tetapi tidak dikenakan hukuman. Itu saja, dia bersalah melakukan rasuah tetapi hukuman tidak dikenakan.

Adakah kita buta huruf dan buta hati untuk payah memahami perkara yang begini mudah?

Paling malang ialah pihak yang mengaku memperjuangkan melayu ini sedikitpun tidak mempunyai rasa malu apabila Khairy Jamaluddin yang telah diputuskan bersalah dan rasuah itu disokong dan diangkat menjadi ketua pemuda UMNO menggantikan Hishamuddin Hussein.

Jelas kepada kita bahawa sayap kanan UMNO melalui pemudanya ini sekarang mempunyai ketua seorang yang perasuah. Oleh yang demikian, kita perlu tanya diri kita sendiri adakah kita mahu terus ingin memalangkan diri untuk turut tidak malu, mahu jadi buta huruf dan suka membutakan hati dari mengenali kedurjanaan yang terang dan jelas di depan mata?

Muramatsu
Grenoble, Cedex
Via Raw, MOSCOW

Sumber Laman M@rhaen

Sesuai untuk di fikir bukan saja untuk pengundi Bukit Gantang tetapi juga mereka yang masih bergayut dengan umNO – wm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s