PNSB taja Zaharah lawat anak di Australia

SHAH ALAM, 25 Mac (Hrkh) – Ketua Pegawai Eksektuif PNSB, Datin Khairiyah Abu Hasan mengaku menerima arahan daripada Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik untuk mengiringi beliau melawat anaknya di Melbourne, Australia.

“Saya diarah untuk mengiringi Zaharah melawat anaknya yang belajar di Melbourne,” katanya ketika menjawab pertanyaan daripada Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa) dalam siri siasatan Balkis hari ketiga, di dewan Annex, Shah Alam.

Beliau memaklumkan tarikh pergi ke Melbourne pada 6 Februari 2007 dengan kos RM14,900 dan bukan lawatan rasmi tetapi menurut `arahan’ dengan menggunakan kos perbelanjaan rasmi.

Siasatan Selcat terhadap Khairiyah yang masuk hari kedua banyak menggunakan alasan `Tidak boleh jawab dan ikut arahan’ menyebabkan beliau diarahkan oleh Pengerusi, Teng Chang Khim supaya hadir pada pagi Khamis untuk meneruskan siasatan.

Teng dengan tegas mengingatkan beliau supaya memberi jawapan yang jujur kerana dibimbangi jika beliau meninggalkan PNSB tiada syarikat korporat yang mahu mengambilnya.

Ini kerana kata Teng, Khairiyah tidak berani untuk memberi jawapan daripada sudut pandangannya.

Dalam siasatan itu Khairiyah turut mengakui membeli jam tangan bernilai RM159,000 kepada Menteri Besar ketika itu, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo yang juga Pengerusi PNSB.

Menurut Khairiyah, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Pengurusan PNSB untuk menghargai jasa-jasa Khir Toyo dan jam itu diserahkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah.

“Apakah ini satu amalan PNSB memberi hadiah yang mahal kepada mantan Lembaga Pengarah sebelum Khir Toyo iaitu Dato’ Abu Hasan Omar dan Tan Seri Mohamad Taib,” soal Teng.

Khairiyah menjawab; “Pengetahuan saya tidak ada.”

Bagaimanapun, menurut Azmin jam tersebut telah dijual dengan harga dua kali ganda tanpa ada rekod di PNSB. _ Saidah Hairan

One thought on “PNSB taja Zaharah lawat anak di Australia

  1. Pingback: blog pemuda besut « Dewan Pemuda PAS Sarawak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s