KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA

Malaysia menyaksikan satu lagi kitaran kekerasan dan penindasan di bawah penguasaan Najib Razak. Belumpun secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau sudah pun sanggup bertindak keras dan zalim ke atas rakyat.

Semalam, perhimpunan yang dihadiri 10,000 rakyat terdiri daripada pelbagai bangsa, telah dihujani dengan tembakan gas pemedih mata serta semburan air kimia oleh pihak polis. Kejadian tercetus hanya selepas beberapa minit saya memulakan ucapan diBukit Selambau. Dalam suasana gawat tersebut beberapa orang telah ditahan termasuk ketua staf pejabat saya dan beberapa Ahli Parlimen serta seorang pegawai kanan Menteri Besar Kedah.

Bagi menghalalkan tindakan zalim serta pencabulan hak rakyat malam tadi, pihak berkuasa telah mengistiharkan perhimpunan tersebut sebagai haram. Jelas ianya satu pencabulan undang-undang dimana perhimpunan tersebut telah diadakan di dalam kawasan milik persendirian.

Malam semalam kerajaan yang kini di bawah pengaruh Najib Razak telah menggunakan kuasa kuku besi bagi menyekat kebebasan dan hak rakyat. Semalam juga “Suara Keadilan” dan “Harakah” telah digantung permitnya oleh Menteri Dalam Negeri tanpa alasan yang jelas. Apa yang berlaku mutakhir ini mengingatkan kita kepada sikap dan ciri pemerintahan zalim yang pernah diamalkan beberapa tahun yang lalu, di mana pasukan polis bertindak seumpama gerombolan penceroboh. Media pula terus ditekan dan sesiapa yang ingin menyuarakan ketidakpuasan hati mereka disekat kebebasannya daripada melaporkan kebenaran melalui ugutan penahanan dan sebagainya.

Institusi pentadbiran negara dijalankan dengan cara melanggar garis sempadan undang-undang oleh mereka yang berkepentingan demi mempertahankan kekuasaannya.Sekiranya negara kembali ke era tersebut, ianya akan menyebabkan kemusnahan ke atas negara dan masyarakat antarabangsa pula akan mengecam tindakan zalim tersebut.

Ini juga jelas menunjukkan bahawa tawaran untuk berkerjasama itu adalah merupakan helah Najib semata-mata. Dua minggu lagi Malaysia sekali lagi berdepan dengan 3 pilihanraya kecil. Buat pertama kalinya kesemua pilihanraya kecil itu dijalankan serentak, penipuan dan pengundi hantu akan diupah oleh kerajaan UMNO-BN bagi menewaskan gagasan pembangkang. Namun demikian, kita tetap yakin bahawa rakyat Malaysia akan menyertai referendum ini,sama seperti yang telah ditunjukkan diPermatang pauh dan Kuala Terengganu dimana rakyat menolak penindasan yang diamalkan kerajaan sekarang. Gerakan perubahan kearah pembaharuan di Malaysia akan terus mara kehadapan dan menemui kejayaan

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

 

24hb Mac 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s