Kenapa Rakyat UMNO terima ‘POLITIK WANG’ w/pon tahu ianya SALAH & BERDOSA

Masyarakat pincang gadai tatasusila
KAMPUNG BAROKHAS – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kepincangan masyarakat hari ini berlaku kerana mereka sanggup menggadai tatasusila demi mendapat kebaikan daripada kesusahan orang lain.
Beliau berkata, penyakit suka bertengkar kini sudah merebak dalam kalangan masyarakat, daripada hal yang kecil merebak jadi besar.

Katanya, ada juga yang suka menyembunyikan kebenaran yang jelas, sebaliknya menyokong tindakan salah seperti kemelut politik wang dalam UMNO sekarang.

“Saya kesal apabila ada sesetengah pihak menyokong tindakan yang jelas salahnya dan cuba menyembunyikan kebenaran yang sudah diketahui umum itu,” katanya mengulas calon Timbalan Presiden UMNO yang dikaitkan dengan politik wang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui :Sinar Harian: semasa ceramah sempena penutup Ekspo Penerangan dan Usahawan anjuran Pas kawasan Padang Terap di pekarangan Kompleks Pas di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Kerajaan Kedah, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah dan Kapten (Bersara) Datuk Zahar Hashim.

Pada ceramah itu, Nik Abdul Aziz mengingatkan masyarakat agar takut akan balasan akhirat yang akan menghisab segala perlakuan manusia di dunia.

“Sebelum kita jadi rakyat, kita terlebih dahulu jadi hamba Allah, setiap kali ketawa, menangis, duka kita ada balasannya walaupun dengan rasuah.

“Tiada sikap bertakwa ibarat kereta tiada brek, semakin laju tetapi musibah akan melanda kemudiannya nanti.

“Tak ada gunanya pangkat dan harta jika tidak berpegang pada Islam dan saya percaya apa yang boleh dilakukan oleh parti lawan, kerajaan Pas juga mampu untuk melakukannya dengan lebih baik, buktinya dengan kestabilan kerajaan Kedah sekarang,” katanya.

Lebih 5,000 penduduk mengunjungi perasmian penutup tersebut yang turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Sumber Laman Kedahlanie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s