KDN tidak faham demokrasi

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) – Pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Professor Dr Abu Hassan Hasbullah mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan dan menyifatkan sebagai tindakan tidak memahami demokrasi.

Dalam abad ke-21 ini, KDN tegas beliau seharusnya menghormati demokrasi dan kebebasan media.

“Kerajaan khususnya KDN seharusnya merayakan demokrasi dengan bijaksana dan budiman bukan menutup ruang demokrasi.

“Tetapi apa yang berlaku ini memberikan gambaran bahawa kerajaan gagal menafsir maksud dan kandungan demokrasi dengan bijaksana,” tegas beliau.

Abu Hassan juga menegaskan apa yang dilakukan KDN ini akan mendorong sikap agresif rakyat dalam mendapatkan maklumat menerusi media baru.

Beliau turut menegaskan setiap rakyat mempunyai hak menyatakan akal fikir mereka dan berhak untuk meluahkan emosi mereka sejajar dengan tuntutan demokrasi.

Tindakan KDN itu juga disifatkan sebagai kesedaran dan kebijakan kerajaan dalam menangani tanggungjawab informasi terhadap rakyat berada pada tahap yang rendah.

Dalam masa yang sama beliau juga mengesa agar Harakah dan Suara Keadilan menggunakan kesempatan yang ada ini untuk terus membangunkan media baru dan tidak perlu bimbang dengan tekanan seperti ini. – mns _ Irwan Muhammad Zain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s