“UNDI RAKYAT KUASA KERAMAT”

Justeru kebimbangan akibat kedurjanaan sendiri, kerajaan UMNO/BN dengan memperkudakan PDRM telah bertindak ganas, tidak bertamaddun dan tidak berperikemanusiaan telah memandikan hampir 10,000 RAKYAT dengan  semburan gas pemedih mata dan air berasid  menggunakan water  cannon.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanya sempat berucap lebih kurang 10 minit sebelum air berasid disemburkan melalui water cannon sekitar jam 9.45 malam hingga 11.30 malam tadi.  Kejadian di Sungai Petani ini jelas menggambarkan betapa UMNO/BN terlalu takut dengan bayangan kejatuhan pentadbiran zalim mereka.

Lebih mendukacitakan pihak polis langsung tidak memberi  apa-apa amaran sebelum mereka melepaskan  gas pemedih mata dan semburan air berasid tersebut. Wanita, warga tua dan kanak-kanak antara yang terkena semburan itu.

Program ceramah rakyat di padang awam Cinta Sayang, Sungai Petani itu adalah untuk memperkenalkan calon KeADILan Bukit Selambau oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi  telah dijadikan medan oleh lebih 1,000 anggota polis dengan berpuluh trak FRU untuk  menghura-harakan RAKYAT.

Sehingga laporan ini ditulis pesanan SMS yang diterima daripada wakil Kerajaan Rakyat di tempat kejadian menyatakan tidak kurang daripada 50 orang telah ditangkap. Antara mereka yang ditangkap dan dibawa ke IPD Kuala Muda ialah: YB Senator Zamri Yusuf, Saudara Hafiz Ali, Sdra  Azhar (AJK Pemuda Sidam), Sdra Ismadi (pegawai di pejabat Menteri Besar Kedah), Ibrahim Tan Sri Yaacub (ketua staff pejabat DSAI), En. Janapala dan beberapa pimpinan Pakatan yang lain. Malahan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri telah dikepung dan dihandang di mana beliau terpaksa mengambil masa kurang lebih 30 minit untuk melolos keluar.

Kami amat yakin tindakan ganas polis ini adalah atas  arahan dan campurtangan politik dari Putrajaya. Sepertimana umum ketahui Datuk Seri Najib Razak telah menerima tekanan yang  amat berat lantaran pendedahan demi pendedahan salahlakunya yang diterbitkan oleh beberapa akhbar antarabangsa luar negara.

Keterlibatan Datuk Seri Najib Razak, Rosmah Mansor  dan Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu bukan rahsia lagi apabila berita tersebut didedahkan secara terperinci oleh media dalam dan luar negara.

Apakah insiden pengkhianatan terhadap RAKYAT oleh polis dan UMNO/BN sebentar tadi di Sungai Petani akan menjadi pemula kepada satu lagi kebangkitan besar-besaran RAKYAT yang bakal menyaksikan era  REFORMASI berulang? RAKYAT akan memberikan jawapannya  dalam tiga pilihan raya kecil pada 07.04.09 ini.

Kepada SELURUH RAKYAT MALAYSIA ingatlah: “UNDI RAKYAT KUASA KERAMAT”

Salam Takzim. Salam Perjuangan.
KERAJAAN RAKYAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s