Kajian dapati 98 peratus mempunyai masalah dalam PPSMI

BANGI, 19 Mac (Hrkh) – Satu kajian yang dilakukan oleh seorang profesor linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia, mendapati 98 peratus guru mengatakan pelajar mereka mempunyai masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

ImageMenurut beliau, kajian ini dilakukan pada tahun 2004 ketika dasar PPSMI baru dilaksanakan itu dengan melibatkan 900 orang responden yang terdiri dari guru-guru dan pelajar serta dana sebanyak RM1,500 di seluruh Malaysia.

“Saya tidak hanya bercakap kososng mengenai perkara ini, saya minta soalan kajian ini diseludup ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia tanpa mendapat kebenaran Kementerian Pendidikan.

“Kalau pihak Kementerian tahu, pasti kajian ini akan disekat dengan serta merta.

“Walaupun ada suara sumbang mengatakan dasar ini baru dilaksanakan, tidak ada apa faedahnya membuat kajian kerana baru lagi. Ia mesti diteruskan,” tegas beliau.

ImageBeliau berkata demikian dalam satu seminar hala tuju dasar PPSMI dalam dasar Pendidikan Kebangsaan yang diadakan di Dewan Teater, Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) pada 14 Mac lalu.

Hadir sama dalam seminar ini, Setiausaha Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), Hasni Abbas; Timbalan GMP, Dr Shahril Zain dan Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

Program ini telah dianjurkan oleh Jaringan Siswazah Malaysia (Jasa) dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB).

Manakala tambah beliau, sebanyak 96 peratus orang guru tidak bersetuju bahawa ramai pelajar mereka semakin berminat dengan PPSMI.

“94 peratus tidak bersetuju dengan keputusan peperiksaan pelajar sangat membanggakan dalam mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris,” tambah beliau.

Selain itu menurut beliau, 84 peratus orang pelajar mengatakan tidak setuju dengan semua pelajaran mesti mengunakan bahasa inggeris.

“Serta 75 peratus pula tidak setuju bahawa belajar sains dan matematik dalam bahasa itu tidak mendatangkan masalah pemahaman,” katanya.

Oleh itu beliau berkata, mereka yang suka bercakap dalam bahasa inggeris, mencapai tahap yang baik, boleh berbincang dalam bahasa itu adalah mereka dari bandar dan Sekolah Menengah (SM) bukan Sekolah Kebangsaan Menengah (SMK).

“SMKlah lubuk anak Melayu, SM merupakan sekolah campur dengan semua kaum ada di sekolah itu. Oleh itu, yang dapat untungnya ialah SM bukan SMK, itu lubuk anak Melayu.

“Dan yang malang dan yang tertinggal dalam dasar ini ialah pelajar luar bandar yang merupakan 70 peratus dari populasi rakyat Malaysia yang kebanyakkan anak Melayu,” katanya. – mns_ Muhammad Arif Ismail

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s