`People centric’ usaha BN jatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

SHAH ALAM, 16 Mac (Hrkh) – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan jika terdapat Pegawai dalam perkhidmatan awam memihak kepada satu kumpulan politik pegawai berkenaan tidak layak memegang jawatan tersebut kerana konsep perkhidmatan awam bebas daripada kongkongan politik.

Ini kerana katanya, perkhidmatan awam mempunyai undang-undang yang tercatat dalam perlembagaan.

Beliau berkata demikian ketika merumuskan dan menyokong usul Kg Tunku (DAP)-Lau Weng San berhubung pelaksanaan program `people centric’ oleh Pejabat Pembangunan Selangor dengan matlamat menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Sebagai Adun Ijok dan ahli Parlimen Bandar Tun Razak beliau melahirkan kebimbangan dan khuatir jika pegawai Pembangunan tersebut terlalu ghairah mendapatkan sokongan politik dan kenaikan pangkat sanggup bersengkokol dengan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat Selangor.

“Saya bercadang menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara supaya beliau dapat memberikan kenyataan tersebut dan menyelesaikan masalah pegawai yang bertindak sedemikian,” katanya.

Menurut beliau, apabila Pakatan Rakyat dapat mentadbir negeri Selangor hak orang ramai perlu dilaksanakan tanpa mengira fahaman politik.

Sebab itu katanya, usul Kg Tunku telah membangkitkan perkara utama dalam usaha kerajaan negeri menjana masa depan dan ia tidak hanya terletak pada satu politik yang menerajui negara sahaja.

Beliau berharap semua Datuk Bandar, Yang Dipertua Majlis dan pegawai daerah bekerjasama dalam menjalankan tugas bagi menyalurkan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

“Jadi jika terdapat ketua-ketua perkhidmatan awam yang bersikap ingin mengubah kerajaan dengan membelakangkan kehendak rakyat ini akan menimbulkan persoalan yang sangat besar,” katanya.

Dalam ucapan rumusan itu beliau turut berterima kasih dengan Adun Sungai Pelek (MCA), Semenyih dan Taman Templer (Umno) yang bersama-sama membincangkan usul tersebut.

Sebelum itu, Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar berharap kerajaan negeri Selangor berhati-hati serta menyiasat kemungkinan wujudnya elemen ‘musuh dalam selimut’ di jabatan kerajaan khususnya pejabat Menteri Besar.

“Apakah tindakan Menteri Besar untuk mengesan musuh yang berjaya membongkar rahsia jabatan ke luar dan mereka selesa bekerja dengan Ketua yang lepas,”katanya.

Beliau berkata, kesungguhan BN melaksanakan program `people centric’ yang menggunakan SPRM adalah bertujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebagaimana yang telah dilakukan di Perak.

Menurut beliau, mungkin jenama BN sudah tidak mendapat tempat di hati rakyat sebab itu mereka berusaha mencari cara lain untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat

Usul Kg Tunku turut disokong Adun Bukit Antarabang yang melihat `people centric’ itu bukan program mesra rakyat tetapi program meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan imej dan kreadibiliti pimpinan Umno/BN.

“Sekarang kerajaan Persekutuan tahu kreadibiliti mereka jauh musnah dan hari ini telah menggunakan Jabatan Pembangunan negeri Selangor untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, ” tegasnya.

Beliau berkata tindakan itu menunjukkan diskriminasi terhadap rakyat yang telah membuat pilihan dalam sistem demokrasi dan sudah tentu pendekatan itu bercanggah dengan prinsip perlembagaan.

Sementara itu Adun Hulu Kelang, Saari Sungib melihat program itu bukan `people centric’ tetapi konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Katanya, ia terbukti apabila kerajaan BN menggunakan Jawatankuasa Kampung Persekutuan (JKKP) satu institusi yang tidak dibenarkan di negeri Selangor.

“Saya melihat ini satu sabotaj dan lebih khusus berniat jahat kerana diantara keputusan negeri dan Pusat bil (1) pada 10 februari 2009 bersetuju melantik Majlis Keselamatan negeri Selangor,” jelasnya.

Tambah beliau, siapakah kakitangan yang ada disitu adakah mereka kakitangan kerajaan Persekutuan sekiranya mereka dibayar gaji sepenuhnya oleh kerajaan itu merupakan satu kegiatan yang curang.

Beliau menggesa Pejabat Pembangunan Negeri Selangor itu perlu disiasat siapakah dalang di belakangnya. _ Saidah Hairan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s