MOSAD MALAYSIA MENGANAS LAGI!

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Pertama sekali saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah diatas kejayaan program ‘Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu’ bagi menentang perlaksanaan dasar PPSMI yang berlangsung pada 7 Mac lalu. Tahniah kepada pihak penganjur khususnya Dato’ Dr.Hassan Ahmad, bekas Ketua Pegarah DBP dan selaku Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI [GMP] dan juga Dato’ A.Samad Said, Sastrawan Negara, parti-parti politik pembangkang, NGO-NGO bersama-sama dengan beribu rakyat Malaysia yang berjuang bermati-matian untuk mengembalikan kedaulatan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

Malang sekali, perhimpunan ini dirosakkan oleh PDRM yang mana sebahagian besar anggotanya terdiri dapada orang-orang yang tidak beraqal dan sanggop menjadi kuda kayu kepada pemerintah UMNO yang zalim lagi tidak mesra rakyat. Tindakan PDRM yang tidak professional ini turut menambah kebencian rakyat terhadap kerajaan dan institusi kepolisan itu sendiri.

Persepsi rakyat pada umumnya telah hilang keyakinan terhadap institusi ini yang kelihatan telah benar-benar menjadi alat atau perkakas kepada UMNO. Dalam  usaha membantu UMNO untuk mengekalkan kuasa, PDRM telah bertindak melampaui bidang kuasa yang diperuntukan kepadanya oleh Perlembagaan. Contohnya krisis Perlembagaan yang berlaku di Perak telah menunjukkan PDRM telah bertindak mencampuri urusan politik yang sewajarnya diuruskan oleh organisasi kepolitikan juga.

Tetapi, sebalik berlaku. Ia bertindak seolah-olah sebahagian daripada organisasi UMNO. PDRM gagal menunjukkan yang ia sebuah intitusi yang menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat. Ia bertindak menyebelahi UMNO dalam krisis yang berlaku di Perak itu dan bertindak menyekat, mengekang, mengancam, mengugut, memukul, melepaskan gas pemedih mata, menangkap dan mendakwa pihak-pihak yang tidak sealiran dengan UMNO.

Kebiadapan PDRM ditunjukkan sekali lagi pada 7 Mac kelmarin. Beribu anggota PDRM diarah bagi memenuhi tuntutan UMNO bagi menghalang perhimpuan 100 ribu rakyat yang bangkit menentang perlaksanaan PPSMI yang merugikan berjuta anak-anak Melayu di luar bandar. Tindakan para anggota PDRM dilihat seolah-olah jelmaan pasukan mosad Isreal yang menentang kebangkitan rakyat Palestin yang berjuang menuntut haqnya.

Sebahagian gambar-gambar yang sempat dirakam oleh para juru gambar tempatan berkaiatan keganasan para anggota PDRM menghalang rakyat menuntut pemansuhan PPSMI :

 

BERSIAP SIAGA UNTUK MEMUKUL PARA DEMONSTRAN

 

DISEMBUR WATER CANNON YANG MENGANDUNGI ASID

 

SEORANG DEMONSTRAN DITANGKAP

 

FRU SEDANG MELEPASKAN TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA

 

RAKYAT BERTEMPIARAN MELARIKAN DIRI

 

KASIHAN RAKYAT YANG MENUNTUT HAQNYA

 

Kesimpulannya, perjuangan menuntut kebenaran dan haq terpaksa melalui jalan-jalan yang amat sukar dan terpaksa menempuh berbagai cabaran dan halangan terutamanya bagi mengatasi institusi-institusi yang mendokong sebuah kerajaan yang kurop, zalim dan menganas..
 

Selamat berjuang ke titisan darah terakhir.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/
Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan di blog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Tun Telanai

Sumber Laman M@rhaen

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s