PPSMI jahanamkan murid-murid luar bandar dan pedalaman

Dasar PPSMI memang menjahanamkan murid2 di sekolah pedalaman dan luar bandar. Saya sebagai guru di pedalaman sabah menyokong sepenuhnya PPSMI di kembalikan kepada Bahasa Melayu.

images

Saya lihat dasar ini banyak menyusahkan terutama guru-guru dan khususnya kepada murid-murid. Murid-murid makin lama bengung apabila proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Makin-lama makin tak faham.Begitu jugak CD interaktif yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran yang tidak dapat digunakan kerana kekangan bekalan elektrik yang bergantung sepenuhnya kepada generator.Bekalan minyak tiada, LCD terbakar kerana elektrik tidak stabil arusnya.

Sya lihat banyak pembaziran berlaku di sini semua barang2 berkaitan elekronik tidak dapat digunakan.Murid2 di pedalaman menjadi mangsa..Oleh itu,hapuskan segera PPSMi agar generasi akan datang tidak menjadi generasi yang teruk…..

Guru pedalaman

Oleh mohamad26

Sumber Tranungkite

Advertisements

Kami Sudah Lama Murtad

Tidak! Kami bukan Melayu itu

Gamat menghunus keris plastik

Berkokok angkuh mengancam

Sedang ekor busuk dipenuhi taik

Kenyang dengan rasuah dan judi

 

 

Kami bukan Melayu tiga juta ahli

Menang sorak di perhimpunan

Meriah kampong sudah tergadai

Diatas gimik nama ketuanan

Merompak hak-hak bumiputera

Jauh sekali sebagai Melayu bangsat

Berlakun mempertahankan raja
Setelah perlembagaan dipinda-pinda
Menderhaka demi survival perut
Matlamat hina menghalalkan cara

 

Sebagai sampah ilmu semata-mata
Sambil kuasa memperkaya kroni
Yang terus rakus tamak haloba

Yang pusaranya sudah menanti
Keranda perjuangan songsang
United Malay National Organisation
Fudzail
Dubai

Kami sudah lama murtad
Dari menjadi Melayu bacul

Anak-anak, kami bukan Melayu itu
Sanggup meludah bahasa sendiri

MOSAD MALAYSIA MENGANAS LAGI!

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Pertama sekali saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah diatas kejayaan program ‘Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu’ bagi menentang perlaksanaan dasar PPSMI yang berlangsung pada 7 Mac lalu. Tahniah kepada pihak penganjur khususnya Dato’ Dr.Hassan Ahmad, bekas Ketua Pegarah DBP dan selaku Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI [GMP] dan juga Dato’ A.Samad Said, Sastrawan Negara, parti-parti politik pembangkang, NGO-NGO bersama-sama dengan beribu rakyat Malaysia yang berjuang bermati-matian untuk mengembalikan kedaulatan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

Continue reading