PPSMI bawa ‘kecelakaan’ kepada pelajar luar bandar

TEMERLOH 4 Mac (Hrkh)– Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantowi berkata pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Ingeris (PPMSI) memberi ‘kecelakaan’ kepada pelajar luar bandar.

Menurutnya, kedegilan kerajaan Umno-BN mempertahankan PPMSI yang diwarisi daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir itu menunjukkan Umno-BN mempunyai agenda besar tersembunyi di sebalik PPMSI itu sedang semua pakar bahasa dan cendekiawan negara memberi petunjuk negatif terhadap PPMSI itu.

Pakar bahasa itu bimbang PPMSI akan memberi kesan negatif terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam jangka masa panjang.

Nasruddin mengimbau sejarah lampau apabila Umno menghapuskan penggunaan tulisan jawi bagi bahasa Melayu yang akhirnya telah mematikan tulisan itu sehingga generasi kini tidak lagi mampu menulis dalam tulisan itu.

Katanya, strategi jangka panjang penghapusan tulisan jawi dahulu telah mencapai matlamatnya apabila generasi muda tidak lagi boleh membaca buku agama yang bayak ditulis dalam tulisan jawi.

Kini Umno sekali lagi cuba mengubah penguasaan bahasa di kalangan orang-orang Melayu dengan PPMSI yang kesan akhirnya akan menghapuskan pengunaan bahasa Melayu melalui PPMSI di sekolah-sekolah.

Nasruddin percaya, dengan penguasaan meluas bahasa Inggeris akan memudahkan penyebaran ideologi barat di kalangan orang Melayu-slam yang gagal dilaksanakan penjajah Inggeris kerana orang-orang Melayu tidak memahami bahasa Inggeris.

“Saya percaya PPMSI ini adalah usaha untuk menjauhkan orang dengan Islam dahulu mereka telah ubah penggunaan tulisan Jawi kini bahasa Melayu itu sendiri pula cuba dihapuskan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penerangan di Kerdau.

Justeru, semua pihak mesti mendesak PPMSI kembali diajar dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.

Dalam ucapanya yang tegas itu, Nasruddin menarik perhatian bahawa tiada negara yang berjaya di dunia dengan menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pengantar berbading negara-negara yang menggunakan bahasa ibunda.

Katanya antara negara yang gagal mundur menggunakaan bahasa Inggeris ialah Filipina, India dan Zimbabwe manakala negara-negara yang maju seperti Jepun, Jerman, Korea Selatan dan lain-lain semuanya menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. – azm/mks. _ Basiron Abd Wahab

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s