BN guna ‘3R’ sebagai talian hayat

MELAKA, 4 Mac (Hrkh) – Pengerusi KeADILan Melaka, Khalid Jaafar berkata BN menggunakan ‘3R’ iaitu sentimen Race, Religion, Royal (Bangsa, Agama dan Sultan) untuk mengekalkan kuasanya.

“Hanya dengan 3R ini sahajalah talian hayat yang BN ada kerana isu-isu lain sudah tidak laku dan tidak mampu untuk mempengaruhi rakyat. Dengan sentimen bangsa (race) BN meniupkan api perkauman di kalangan bangsa Melayu agar mereka kembali menyokong BN khasnya Umno.

“Sebab itu kita lihat Umno menggunakan isu DAP anti melayu, seperti isu Pengerusi DAP Johor yang dikatakan menyamakan dasar bumiputera dengan dasar apartheid lalu Umno membesar-besarkan isu ini untuk menagih simpati orang Melayu,” kata Khalid.

Mengenai sentimen agama (religion) pula katanya, jelas sekali BN sering memainkan isu negara Islam yang bertujuan menjauhkan bukan Melayu dari PAS dan Pakatan Rakyat.

“Isu ini sering dimainkan pada setiap kali Pilihan Raya dan begitu juga dalam kes azan di Selangor di mana BN menuduh Teresa Kok terlibat dalam isu ini.

“Selain itu BN sehari dua cuba membangkitkan isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu untuk memburuk-burukkan imej Pakatan Rakyat di mata rakyat. Pakatan Rakyat khasnya di Perak dituduh sebagai penderhaka kerana didakwa tidak mahu tunduk kepada keputusan Sultan melantik Menteri Besar (MB) dari kalangan BN,” tambahnya.

Malah menurut Khalid, BN yang sebenarnya derhaka kepada Raja-Raja Melayu kerana merekalah yang meminda perlembagaan mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu pada tahun 90-an dulu.

“BN sebenarnya dalam kelemasan sekarang kerana rakyat mula sedar kegagalan dan kelemahan BN setelah memerintah negara selama 50 tahun, ekonomi makin parah, rasuah membarah, harga barang melambung, politik kacau bilau dan ketelusan serta keadilan tiada lagi,” ujar Khalid. _ Zaili Muhammad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s