Sekitar Ceramah MB Ir Nizar Di Bagan Serai – malaysiakini

Malam tadi di Markaz Tarbiyah PAS Bagan Serai, berlangsung Ceramah Perdana Isu-isu semasa oleh YAB Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir Nizar.

Majlis dimulakan tepat jam 9:30 malam dengan ceramah pembukaan dan suntikan semangat oleh pengerusi majlis.

YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ir Nizar tiba lebih kurang jam 9:40 malam dan disambut dengan laungan takbir dari para hadirin yang membanjiri kawasan ceramah.

Majlis semalam dianggarkan telah menarik lebih kurang 3000 audience yang telah memenuhi kawasan sekitar Markaz Tarbiyah PAS seawal waktu maghrib sebelum memulakan solat Maghrib berjemaah disusuli denagn solat Isyak berjemaah di masjid bersebelahan Markaz Tarbiyah PAS Bagan Serai.

Deretan gerai-gerai para peniaga kecil juga dipenuhi dengan para hadirin yang mengambil kesempatan mengalas perut masing-masing sementara menunggu majlis bermula.

Apa yang paling menarik dalam majlis semalam ialah bilamana ia berjaya mengumpul audience dari berbagai kaum dan agama di bawah satu bumbung. kelihatan masyarakat dari kaum Cina dan India tidak segan silu memenuhi dewan ceramah dan tanpa rasa takut atau segan, mereka memenuhi barisan hadapan deretan pendengar ceramah.

Tahniah Pakatan Rakyat kerana berjaya menyatukan semua kaum tanpa paksaan dan bayaran dibawah satu bumbung diatas satu nama –

PERPADUAN…!!!
 
 

 

Barisan penceramah.
Antara tetamu yang memenuhi dewan tempat ceramah diadakan.
Tetamu lelaki dan wanita diasingkan antara satu sama lain.
Berbagai kaum, bangsa dan agama dibawah satu bumbung atas nama PERPADUAN.
Datang dengan jemputan, pulang tanpa bayaran. itulah perjuangan.
Suasana begini hanya dapat anda lihat dimajlis anjuran Pakatan Rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s