Parlimen: Siapa pantau Peguam Negara?

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Hrkh) – Sebarang tindakan dan keputusan oleh Peguam Negara tidak boleh dipertikaikan kerana bidang kuasanya amat luas malah tidak dipertanggungjawabkan untuk ‘mengadap’ atau memberi penjelasan di Parlimen jika timbul isu berbangkit antaranya salah guna kuasa Peguam Negara dalam kes tertentu.

Justeru, Ahli Parlimen (KeADILan-Kulim Bandar Baharu) Zulkifli Noordin membangkitkan soalan lisan kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi sama ada kerajaan bercadang menjadikan jawatan Peguam Negara bertanggungjawab terus kepada Parlimen yang dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz.

“Jawatan Peguam Negara tidak wajar dipertanggungjawabkan terus ke Parlimen. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, untuk membolehkan Peguam Negara bertanggungjawab terus ke Parlimen, beliau hendaklah merupakan seorang ahli parlimen sama ada ahli Dewan Negara ataupun Dewan Rakyat.

“Perkara 48 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan, menghalang mana-mana penjawat awam dari menjadi ahli parlimen. Perlembagaan Persekutuan 145 (1) juga menyatakan Peguam Negara adalah dilantik oleh Agong atas nasihat Perdana Menteri dan calon Peguam Negara mestilah seoarang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Ini bermakna calon tersebut tidak boleh terdiri dari kalangan ahli Dewan Negara ataupun Dewan Rakyat, ” kata Nazri membalas soalan Zulkifli.

Zulkifli dalam soalan tambahannya mempersoalkan siapa atau badan manakah yang memantau sebarang tindakan oleh Peguam Negara agar ianya tidak lari daripada bidang kuasa asalnya.

Malah turut membangkitkan, bagaimana situasi Peguam Negara sekiranya disabitkan sebarang pendakwaan ke atas dirinya seperti laporan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan wujud salah guna kuasa.

“Dalam laporan Anwar, terdapat pita rakaman yang menunjukkan adanya keterangan saksi palsu yang diarahkan oleh Pegauam Negara Dato’ Abdul Ghani Patail.

“Dalam hal ini siapa dan badan manakah yang pantau Peguam Negara?” soal Zulkifli kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Dalam pada itu, Dr Fuad Zarkashi (BN-Batu Pahat), turut membangkit cadangan agar institusi Peguam Negara ini di anggotai oleh pelbagai pihak termasuk ahli-ahli parlimen dan menjadi penasihat seperti yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

“Ini penting kerana imej Peguam Negara seringkali dipersoalkan,” katanya.

Sementara itu, Nazri menyatakan bahawa kredibiliti seoarang Peguam Negara tidak akan terjejas hanya berdasarkan laporan yang dibuat oleh pelbagai pihak.

“Setiap laporan kita mesti siasat dulu. Ini baru satu dua bulan…beri kita masa…,” katanya. – mks. _ Azamin Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s